Daisypath Anniversary tickers

命あるかぎり戦え。たとえどんなに孤独でも。
Inochi arukagiri tatakae. Tatoe donnani kodoku demo.


Swift as wind, silent as forest, fierce as fire, firm as mountain.

ACT 73: Diri.

Posted: Thursday, March 18, 2010 by Syed M. in Labels:
3

Bismillah.

Alhamdulillah, dengan kuasa-Nya, blog ini kembali terisi dengan ingatan untuk kita semua, insyaAllah.

Minggu lepas, ana dan sahabat yang lain berkampung di Cabin Islamic Spring Retreat (CISR) anjuran MiSG (Malaysian Islamic Study Group) dan Penn State Uni's MSA(yeke?). Alhamdulillah, bermanfaat.

Tapi, perkara yang paling ana suka ialah time jumpa ikhwah-ikhwah dari uni2 lain: Temple, PennState, MSU. Tak dilupa, Akh Amir Syahir… orang yang dipertanggungjawabkan memberi ISK untuk peserta kali ini.

Taknak cerita panjang-panjang tentang CISR, tapi nak cerita benda lain. Kalau nak tahu cerita CISR, silelah berkunjung ke [KLIK SINI]

Henshin

Pernah dengar atau terbaca tak ayat ni?

"…إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ…"

"…Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.…" (Ar-Ra'd 13:11)

Mesti ada yang pernah terbaca@terdengar@terhafal ayat ni. Bagus.

Inilah ayat HENSHIN.


Selalu kita cakap…

"Aku nak berubah jadi orang yang lebih baik." Tapi, setahun lepas tu, dia masih sama.

"Aku nak tengok Islam kembali jadi ustaziyatul 'alam." Tapi, tetap join lepak dekat Giant atau Mydin.

"Aku nak ubah kawan aku tu, InsyaAllah." Tapi, dia sendiri tolak ajakan kawan untuk solat berjemaah.

Kenapa ini berlaku?

Walhal, ketiga-tiga golongan ni telah berniat.

"Niat tak boleh buat jerung jadi Kamen Rider, bro."

Sape cakap? Ni…

Oklah, tu gurau jer. Betul, niat boleh ubah hamba jadi raja. Tapi, setiap niat mesti ada usahanya. Apa yang menggerakkan kita?

"….dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati." (Hadis 40 Imam Nawawi: Hadis ke 6)

HATI.

Susah sangat ke nak berubah? Susah sangat ke nak jadi baik? Susah sangat ke nak bina individu Muslim?

Ana suka apa yang di post oleh rakan ana di profile Facebooknya, "a real loser is the one who surrenders before even starting on it...". Kadang-kadang, ana selalu reflekskan ayat tu kat diri ana. Adakah aku ni loser? Cakap macam nak rak, tapi buat tanpa result yang memuaskan. Aku selalu nak berubah, tapi bila dah sampai satu tahap, perubahan tu stay, without any progress after that. Kadang-kadang, ana terasa macam ana ni sekadar hangat-hangat tahi ayam. Nak berubah tu sekejap jer. Kenapa dengan hati? Adakah kerana dia 'sakit'?

Lantas, ana teringat satu lagu. Lagu Jawa. Wak suka la kalau Jawa2 ni.

Tombo Hati. Ataupun Ubat Hati. Mari tengok ape ubat-ubatnya.

Ni untuk Wak dan orang2 Jawa@faham Jawa

Tombo Ati iku limo perkorone

Kaping pisan moco Qur'an lan maknane

Kaping pindo sholat wengi lakonono

Kaping telu wong kang sholeh kumpulono

Kaping papat kudu weteng ingkang luwe

Kaping limo dzikir wengi ingkang suwe

Dan ini maksudnya.

Obat Hati ada lima perkaranya

Yang pertama baca Qur'an dan maknanya

Yang kedua sholat malam dirikanlah

Yang ketiga berkumpullah dengan orang sholeh

Yang keempat perbanyaklah berpuasa

Yang kelima dzikir malam perbanyaklah

Mungkin ana kurang buat semua ni. Ya Allah, ampunkan daku. Jom sama-sama muhasabah. =)

Matlamat

Bila sentuh tentang hati, niat..etc, kita akan tergerak untuk terfikir tentang matlamat.

Pernah tak kita terfikir, apa MATLAMAT kita kat dunia ni? Atau Allah saje2 jer ciptakan manusia tanpa sebarang disetting apa matlamat manusia?

"وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ "


"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." (adz-Dzariyat 51:56)

Beribadat. Bila kita sebut ibadat ni, mesti ramai yang fikir solat, puasa.

"SO, we have to pray all the time? When we have to study or other things?"

Adakah ibadah itu hanya tertakluk kepada solat, puasa sahaja? Kerja, belajar tu bukan ibadah?

Bila kita sebut hamba abdi, bagaimana? Dapat tangkap bagaimana maksud ibadah yang sebenar?

"Dari segi bahasa "ibadah" bererti merendah diri, tunduk, patuh dan taat. Dari segi syara'"ibadah" diertikan sebagai taat, tunduk patuh dan merendah diri sepenuhnya kepada Allah."

(Sumber: hikmatun.wordpress.com)

"Jadi, kerja tu pun kira ibadah jugaklah?"

Ya, selagi ikut syarak. Jika kita anggap apa yang yang buat tu sebagai ibadah, secara tak langsung kita akan berhat-hati dengan apa yang kita lakukan. Kita akan jaga apa yang kita buat macam kita jaga solat.

Datang kerja awal. Habis kerja tepat pada masa. Assignment siap pada waktunya. Masuk kelas awal.

Tapi, kalau solat macam tak terjaga jugak, kerja pun serabai nampaknya. Sebab tu ada orang cakap, kerjanya menunjukkan solatnya.

Jangan jadi sekular. Mengasingkan agama dari hidup. Kerja ok, solat cacai marba. Tapi kerja main rasuah, pecah amanah. Ape kes?

Lagi, apa matlamat Allah cipta kita ke muka bumi ni?

"...وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً"

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi"...."

"Khalifah? Khalifah mana ada dah sekarang ni... kita pakai sistem RAJA BERPELEMBAGAAN dan DEMOKRASI BERPARLIMEN."

Khalifah yang berasal daripada perkataan Bahasa Arab iaitu khalafa bererti ganti; iaitu seseorang yang menggantikan seseorang yang lain. Dia melaksanakan sama ada bersama-sama dengan orang yang digantikannya atau melaksanakannya ketika ketiadaannya. Ianya termasuklah:-(c)
1. Menggantikan orang yang tiada.
2. Menggantikan orang yang telah mati.
3. Menggantikan tempat bagi orang yang tidak mampu menguruskannya.
4. Menggantikan tempat seseorang sebagai memuliakannya.

Maksud khalifah menurut istilah

Maksud khalifah dari segi istilah pula ialah generasi manusia yang dipilih oleh Allah s.w.t. sebagai pengganti-Nya untuk mentadbir, menggurus dan memakmurkan muka bumi ini dengan menjalankan syariah Allah s.w.t. sama ada di peringkat peribadi, keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa.

(Sumber: ctu101.blogspot.com)

Allah jadikan kita untuk dua matlamat ni. Adakah kita masih nak buang masa lagi? Buat perkara-perkara yang memang tak memberi faedah pada kita? Contoh: DOTA-ing sampai Maghrib lambat, stay lambat juz untuk call awek, tapi nak bangun qiyam bukan main dinosornya susah. NI peringatan untuk ana jugak.



PENUTUP: Jadilah manusia yang faham matlamat dan tekad

Cakap memanglah senang. Tapi, action speaks louder than word. Jika benar kita mahu berubah, berubahlah sebaiknya. Istiqamah tu penting. Kat dunia ni sekadar membuang masa, tidakkah kita malu dengan Tuhan nanti, bila ditanya: "Apa yang telah kamu buat?" Kalau tak malu tu, Allahu'alam la.

Ana mahu berubah. Anda bagaimana?

Mahukah anda? Sertakan tekad dan niat yang ikhlas, insyaAllah, Allahu ma'ana.

Nota:

  1. Layout telah ditukar, untuk keselesaan pembacaan. Post2 lama yang berwarna kurang jelas akan cuba ditukar, insyaAllah.
  2. Post ni out of sudden writing, jadi tak kena sikit jalan ceritanya. Gomen! =P
  3. Selamat Hari Lahir kepada Zulhilmi Asyraf a.k.a Bobby.
    1. "وَلاَ تَيْأَسُواْ مِن رَّوْحِ اللّهِ إِنَّهُ لاَ يَيْأَسُ مِن رَّوْحِ اللّهِ إِلاَّ الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ..."

      "...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir"."

  4. Lagu di Mixpod kembali beroperasi. Pilih lagu yang anda mahu. Mungkin ada sebarang cadangan untuk lagu lain, amat dialu-alukan....=)
  5. Sistem BINTANG telah diaktifkan. Jika tak mahu komen, sila tick bintang mana yang sesuai untuk post. Sekadar marker untuk prestasi.

Related Posts with Thumbnails