命あるかぎり戦え。たとえどんなに孤独でも。
Inochi arukagiri tatakae. Tatoe donnani kodoku demo.


Swift as wind, silent as forest, fierce as fire, firm as mountain.

97. Ramadhan…lagi?

Posted: Thursday, August 12, 2010 by Syed M. in Labels:
4

Malam 1 Ramadhan

Sambil menonton berita di kaca TV, Rem(bukan nama sebenar) duduk-duduk sambil minum secawan Nescafe. Tiba-tiba, pengumuman puasa ditayangkan, menandakan 1 Ramadhan bermula esok pagi.


Tamat siaran, Rem keluar ke pekan mencari makanan untuk bersahur. Singgah di sebuah restoren mamak, dia berborak dengan rakan-rakan yang ada sehingga pukul 2 pagi. Setelah makan-makan, dia pulang ke rumah dan terus mendarat di katil empuk.


1 Ramadhan


Pukul 6 pagi, dia sudah bersiap sedia untuk pergi kerja. Enjin motor dihidupkan, dan pedal dipulas.


Pukul 1 tengah hari, waktu makan tengah hari. Rem menggunakan sepenuh masa untuk lepak-lepak setelah sepagian bekerja dengan rakan-rakan.


Pukul 5 petang, Rem singgah ke bazaar Ramadhan untuk membeli juadah berbuka puasa. Dari satu tempat ke satu tempat, dia membeli makanan yang banyak untuk dirinya. Dia tiba di rumah 5 minit sebelum Maghrib menjelang. Meja disiap-siapkan, dan juadah dihidangkan. Masuk waktu Maghrib, Rem merembat apa yang ada di atas meja. Makanan yang berlebihan, dibuang di dalam tong sampah.


Habis menyantap, Rem duduk di sofa seperti ular kekenyangan. Remote TV ditekan-tekan, memilih siaran kegemaran. Dia menonton, sehingga habis Cerekarama malam itu.


Selepas itu, Rem ke bilik tidur untuk tidur. Pukul 3 pagi, dia bangun untuk bersahur. Keluar ke pekan, menikmati 3 keping roti telur dan segelas teh tarik.


Dan pusingan ini berterusan sehingga habis Ramadhan.


Assalamualaikum.


Cerita di atas ana ambil dari majalah Ujang.. pernah baca dulu2. Kisah tak benar, tapi itu reality masyarakat kini.


Apa yang realitinya?


Perasan tak, something missing from the above story?


Yup. Tiang kedua Islam, SOLAT.


Di mana Subuhnya? Zohornya? Asar dan Maghribnya? Apatah lagi Isya'? Jangan disebut tarawih, mahupun qiam.


Ya, dia berpuasa. Tapi apa nilai puasanya itu?


Dan apa kata Nabi?


"Betapa banyak orang yang berpuasa, namun tidak mendapatkan apa-apa selain lapar, dan berapa banyak orang solat di tengah malam tidak mendapatkan apa-apa selain begadang" (HR. Nasa'i).


Inilah antara mereka yang rugi.


Umpama mengisi air di dalam bekas yang berlubang. Tapi, itulah realitinya.


Kenapa Ramadhan?


Cerita di atas hanyalah contoh. Ada juga yang berpuasa dan penuh solatnya, tapi nilai-nilai esensi(essential) ibadah mereka umpama debu di tunggul yang ditiup angin. Hilang keistimewaannya. Bagaimana?


Ada golongan yang menjadikan bulan suci ini sebagai bulan festival makanan dan minuman, serta bulan alasan untuk rehat dan tidur yang lebih di siang hari. Aktiviti mereka untuk menunggu tibanya saat berbuka hanyalah tidur semata-mata. Paling tidak, melakukan aktiviti2 yang tak menambahkan iman walau secubit.



Ada pula yang menjadikan Ramadhan sebagai bulan momentum aktiviti pemborosan. Pelbagai aneka juadah dibeli dalam jumlah yang melebihi tampungan. Seperti seorang membeli lauk pauk dan minuman yang lebih daripada mencukupi untuk dihidangkan kepada 3 orang.



Kalau macam tu, apa UNIKnya Ramadhan itu kepada kita? Lebih kurang macam bulan-bulan biasa jer, kalau situasi yang sama berlaku.


Jadi, mula-mula kena faham. Kenapa Allah wajibkan puasa?


2:183

"Wahai orang-orang Yang beriman! kamu Diwajibkan berpuasa sebagaimana Diwajibkan atas orang-orang Yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa." [TMQ al-Baqarah 2:183]


Nah, tu lah objektif Ramadhan.


Bukannya untuk bertanding siapa lagi banyak puasa.


Bukannya untuk tengok siapa yang tahan lama puasanya.


Bukannya untuk menjimatkan wang.


Bukannya untuk projek pengurusan mega.


Dan semestinya, bukan untuk persiapan hari raya.


Tapi, untuk satu. Tingkatkan TAQWA.


Kalau dulu kita belajar TAQWA ni meninggalkan larangan dan mengerjakan suruhan. Senang faham macam ni.


"Apa pasal bulan ni pulak yang lebihkan TAQWA? Bulan lain tak payah ke?"


Bukan. Tapi sebab keistimewaan bulan ni sendiri.


Wahai sekalian manusia. Telah datang kepada kamu Ramadhan. Bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang difardhukan ke atas kamu oleh Allah 'Azza wa Jalla puasanya. Di bulan itu pintu Syurga dibuka, pintu neraka Jahim ditutup dan para Syaitan dirantai. Padanya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang terlepas peluang meraih rahmat ini, maka sesungguhnya dia itu hakikatnya diharamkan dari rahmat Allah. [HR al-Nasaai]


Tengok sekilas sahaja hadis ini, kita tahu betap istimewanya Ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain. Kita mendapat peluang yang amat besar, iaitu peluang untuk meningkatkan TAQWA kepada Allah.


Sebabnya? Bulan Ramadhan lebih banyak ibadat-ibadat sunat yang boleh dilakukan berbanding bulan-bulan lain. Solat terawih, iftar jami'e, dan banyak lagi.


Barangsiapa yang terlepas peluang meraih rahmat ini, maka sesungguhnya dia itu hakikatnya diharamkan dari rahmat Allah.


Jika satu pasaraya mengadakan jualan istimewa, beli satu dapat 10, tapi kita mengendahkan tawaran itu… tidakkah boleh dipanggil BODOH? Agak kasar bunyinya, tapi itulah hakikatnya.


Jika pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, dan para syaitan dirantai, ditambah dengan ganjaran berlipat kali ganda, dan kita tidak mengambil peluang dari tawaran tersebut… boleh jadi kita tidak berminat dengan Allah. Tidak kisah pasal syurga, neraka dan ganjaran. Seolah-olah tidak kisah jika hadiah yang ditawarkan ialah 10 buah kereta Lamborghini.


Refleksi dirimu


Manusia boleh diibaratkan terbina dari jasad dan roh (body and soul). Apabila adanya dua benda ini, sesuatu perlu dilakukan untuk menyeimbangi (balancing) kedua-duanya. Apabila kedua-duanya dapat diseimbangkan, maka dapatlah dikawal kedua-duanya.


Tapi, apabila nafsu menjadi Tuhan, keseimbangan itu serta-merta hilang dan menyebabkan kerosakan kepada kedua-dua elemen manusia tersebut. Terlalu mengejar kemahuan, sehingga lupa apa yang perlu dibuat sebenarnya.


TAZKIYAH an-NAFS. Ataupun Penyucian Jiwa.




Puasa mengajar kita sabar. Ada proverb mengatakan, a hungry is an angry man. Jika kita mampu bersabar ketika berpuasa, level seterusnya pasti mudah.


Puasa juga mengajar kita bersikap rasional. Jangan membazir, itu yang sering diulang-ulang dan pabila tibanya Ramadhan, amaran ini makin kerap dialunkan. Kenapa? Sekali berbelanja untuk juadah berbuka, pernah terfikir, cukupkah untuk kita? Ada lebih tak nanti? Akan membazir atau tidak?


Puasa mengajar perkara yang paling penting, berTuhankan Allah. Ya, kita mengaku Allah iu Tuhan yang Satu dan hanya Dia layak disembah, tapi apa benarkah kita betul-betul mendahulukan-Nya dalam setiap perkara?


Ketika iftar jami'e, adakah kita mendahulukan orang lain untuk menjamah makanan? Ketika solat terawih, adakah kita benar-benar pergi kerana mahu mendekatkan diri kepada Allah ataupun sekadar memenuhi undangan orang kampung? Kita fikir sendiri.


Every creator knows best for his creations. Allah mengetahui apa yang terbaik untuk makhluk-Nya. Kerana itulah puasa diwajibkan untuk umat Islam pada bulan yang barakah ini.


Dia tahu manusia tak boleh sangat nak kawal nafsu. Dia tahu manusia ni ada sifat ingin tahu yang mendorong kepada ke-tidak-kawal-an nafsu. Sungguh, Dia Maha Mengetahui.


Kalau tidak, tidak mungkin Nabi Adam a.s tergoda untuk mendekati pohon larangan, walaupun sudah ditegah Allah. Sebab Allah tahu, manusia punya nafsu dan kehendak. Bukan seperti malaikat.




Puasa diwajibkan untuk kita reflek kembali, fikir kembali dan renung kembali tentang apa yang benar-benar penting bagi diri dan elemen manusia: Jasad dan Ruh.


Apa benar kita telah menjalankan kewajipan sepenuhnya 11 bulan yang lalu? Betulkah kita pasti apa yang kita lakukan 11 bulan yang lalu menurut apa yang disuruh? Jauhkah kita dari mendekati apa yang dilarang selama 11 bulan yang lalu?


Kerana itulah, Ramadhan ada. Untuk kita cermin kembali apa yang perlu. Bukan sekadar bulan untuk mendapatkan lebih juadah berbuka atau stok bunga api dan mercun di kedai-kedai runcit. Tapi, nilai Ramadhan jauh lebih besar dari perkara-perkara remeh tersebut.


Tapi, jika kita mengabaikan apa yang perlu kita buat sempena Ramadhan ini, umpama kita mensia-siakan nilai Ramadhan itu sendiri. Dan sekali lagi ana ulang, boleh jadi kita tak berminat dengan Allah.


Penutup: Lakukan, semampumu!


Sesiapa yang mendirikan sembahyang malam pada Ramadan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang lalu. [HR Muslim]


Dikurniakan Ramadhan untuk kita bagi menyucikan apa sahaja kekotoran dalam 11 bulan yang lalu. Inilah anugerah terbaik buat umat Islam, umat Nabi Muhammad s.a.w.




Jadi, perlukah kita sekadar menanti dan membiarkannya berlalu? Umpama membiarkan duit kita terbang ditiup angin monsoon tropika, dan lesap?



Bagi mereka yang bijak, takkan dibenarkan Ramadhan berlalu tanpa sebarang "juadah" yang menarik disajikan untuk tetamu istimewa ini.


Ayuh, jangan jadi mereka yang rugi, dengan mengosongkan lot-lot puasa kita sehari-hari dengan perkara-perkara yang tidak akan menguntungkan kita sedikitpun. Ingat, Nabi s.a.w pernah mencela orang-orang sebegini.


"Telah datang malaikat Jibril kepadaku dan ia berkata : 'Celakalah seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!', maka aku berkata : 'Amin'.


Jadi, jom. Raikan Ramadhan!


Inilah saatnya kita berubah! Henshin!


*serius, rindu Malaysia sekarang*

Salam Ramadhan! Layanilah TETAMU anda ini sebaiknya!


Related Posts with Thumbnails