命あるかぎり戦え。たとえどんなに孤独でも。
Inochi arukagiri tatakae. Tatoe donnani kodoku demo.


Swift as wind, silent as forest, fierce as fire, firm as mountain.

...lalala...

Posted: Wednesday, June 24, 2009 by Syed M. in Labels:
4

:::CTIS 22:::
ALL THE BEST

:::BEBUDAK EUGENE SPRING:::
rindu korang weh...nanti kite wat reunion kat RIT. dh plan ni!!!

:::BEBUDAK IRVINE FALL:::
aku pun rindu kat korg...sori r kalu ade gathering yg aku x bleh nk ikut

:::EHSAN:::
ko r makhluk yg pernah, sedang dan akan jadi kawan baik aku selamanye...!

:::ADAM:::
ko...x tau nk cakp pe, i'll miss u, kowt...haha.

:::SARDIN:::
thanx for ur JIJIK....make my life colorful(chehhh!)

:::AJE:::
mu ttp saing aku aje...samo2 kito beruboh jadi lebih baik, k?

:::ZAMY:::
pergh...kalu x de ko, rasenyer x idup r aku kat IRVINE dedulu...ade mase, kite tgk DECADE MOVIE sesame

:::HAIRI:::
ko tetap komunis no. 1 INTEC, aku respek ko!!!

:::POPPII:::
teman se-RIDER aku....

:::SYIHAN:::
walau ko dh ade Sonya, aku ttp ingt ko...

:::AKIF:::
ade mase, kite race naik bulan ikut bawah tanah!

:::YUS:::
jgo 'bini' mu bebaik...

:::CAPEK:::
smart r mu...smoga jd dai'e yg berjaye!!!

:::AINUDDIN:::
walpn ko jrg blik bilik, aku x lupe kat ko!

:::NIZAM:::
thanx for everything, zam...

:::FAUZAN:::
be a great PRESIDENT!!!-hope so...ahakzz-

:::GOLONGAN MUIn (MAJLIS ULAMA INTEC):::
-azhar. yun & riduan- aku doakan korg bjaye dlm misi2 korg

:::=:::tu je kowt dulu:::=:::

Pahlawanku

Posted: Tuesday, June 23, 2009 by Syed M. in Labels:
2

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t


Walau hari itu telah berlalu, namun hatiku tetap berkata,
"Tiada penamat buat hari itu!"

Ketika ku masih kecil, kau yang
bersusah payah menjaga kami sekeluarga. Walau kau sedikit tegas, aku tetap menyanjungmu.

Semuanya kerana
kegigihan dan kasih sayang yang telah kau curahkan kepada kami sekeluarga...

Teringat lagi ketika ku masih kecil, telinga kecil ini pernah di'ceroboh' oleh sang semut. Tanpa menghiraukan waktu, kau terus membawaku pergi ke hospital untuk menerima rawatan. Di waktu manusia sedang enak dibuai mimpi, kau masih berjaga....kerana kau menyayangiku.

Namun, aku jahil tentang kasih sayang. Aku masih kecil ketika itu. Tidak tahu berterima kasih. Alangkah bodohnya diriku ini. Pabila aku meningkat ke alam persekolahan, kau tetap juga menemani aku. Pabila rakan-rakan yang lain menunjukkan alat permainan yang terkenal ketika itu...DIGIMON...(hahaha), aku terus meminta kau membelinya satu untukku. Aku tidak mengerti yang keluarga kita bukannya orang kaya. Kau hanyalah seorang anggota polis yang gajinya tidak seberapa ketika itu. Hendak makan pun bersusah payah, inikan pula untuk alat mainan yang tiada guna itu. Bodohnya aku ini! Kenapa aku terikut-ikut dengan rakan-rakanku itu....

Tetapi, kau berjanji untuk membeli Digimon itu. Aku, sehingga kini hairan, dari mana duit itu datang... Benarlah apa yang ku dengar..."Seorang bapa akan cuba untuk memuaskan hati anak-anaknya kerana kasih sayang."

Aku ingat lagi janji-janji yang pernah ku buat di depan mu dan ibu.

"Abe Alif ngn Kak Emy berjanji untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam hidup!"

Adakah aku sudah melakukannya? Hanya Allah sahaja yang tahu...

Walaupun kau
dicemuh dan difitnah, kau tetap sabar. Aku kekadang menyimpan dendam terhadap 'mereka-mereka' itu. Tidak cukupkah dengan apa yang mereka lemparkan selama ini? Mereka dengki dengan kau...ya, dengki...kerana kau mendapat apa yang sepatutnya kau dapat dari usaha kerasmu selama ini. Mengelilingi satu daerah Kuala Terengganu untuk memastikan POLIS DIRAJA MALAYSIA terus bergerak dan menabur bakti kepada rakyat, tetapi usahamu dipandang remeh oleh 'mereka-mereka' ini. Aku pernah berjanji, aku akan ubah sistem ini!

Aku ingat lagi, semasa kau pulang ke rumah dengan kepala yang pening dan sakit, kerana dilempar batu oleh penyokong-penyokong
GILA parti pembangkang. Nasib baik kau memakai helmet keselamatan, jika tidak...

Hari itu, mahu sahaja aku pergi ke pejabat
PAS dan marah-marah, tetapi aku sedar siapa diri aku. Justeru, aku mahu jadi seorang yang berkuasa kelak, mengubah negeri ini menjadi lebih baik. Aku sedih melihatmu, pagi bekerja tidak tentu masa, malam pula menolong orang membaiki paip atau menyambung wayar, agar keluarga lain hidup bahagia juga. Walau ada cakap-cakap yang kurang menyenangkan, kau tetap gagahi, untuk menyara keluarga ini.

Kaulah pahlawanku, kesatriaku dan
BAPAku....

:::=:::tribute to
SYED MAZLAN SAYED YUSOF:::=:::
:::=:::[RF 120633]:::=:::
SELAMAT HARI BAPA
MAAFKAN ABE
DOAKAN KEJAYAAN ABE

~sayangilah mereka selagi mereka masih ada, bukan sekadar hari tertentu sahaja~

---SASER---

Posted: Wednesday, June 17, 2009 by Syed M. in Labels:
0

apekah...?

Posted: Sunday, June 7, 2009 by Syed M. in Labels:
4

USRAH
Bile terpandang@terdengar@tercakap@terjenguk perkataan ni,
ape biasenyer kwn2 fikirkan?

Adakah ini?


Atau ini?


Mungkin ini?(harap2 tak la...)


Tapi yang pasti...bukan ini la...


Well, setiap orang ade pandangan yang berbeze, cuma persoalannya betul atau tidak pandangan itu...

So, maybe dis time I wanna share wit u what I've got about the term...USRAH...

Ape usrah ni?
Dari segi bahasa, keluarga, famili.... Kalu dari segi teknikalnye, sekolompok kecil Muslim yang nak belajar dan amal ISLAM...

Usrah ni biasanya dipimpin oleh seseorg yg dikenali sebagai murobbi... Tp, name untuk murobbi ni byk, naqib, mentor,...etc.
Tp, sape plak murobbi ni? Terer sangat ke?
Nak cakap terer tu, x de la sgt. Cume, murobbi ni ade kelebihan sendiri, iaitu komitmen die, amat komited! Peranan die, didik ahli2 usrah ke jalan yang benar. Diorg bleh gak jadi...--> *ayah/ibu* *guru* *imam* *abang/kakak* *sahabat* *member*

Pastu, mesti ade org komplen nyer...confirm! Wat ape dtg usrah ni, wat penat jer....

Nak wat ape? Nak jadi BAGUS la... -nk tmbah ilmu dunia akhirat- -asah kemahiran yang ada- -kongsi suka duka- -bykkan amal ibadah- -cari member sbyk mungkin- -ade aktiviti ngn geng usrah- -isi mase lapang-

La....mende2 ibadah tu bley dpat kat masjid. Kalu nk enjoy ngn member x yah masuk usrah pun x pe!
Lain r! Usrah libatkan keterikatan hati sesame ahli usrah, bukan wat member just for main2 jer. Masing2 ade matlamat: bahagia dunia akhirat. Sahabat dalam usrah sahabt menangis dan ketawa!

Bukan usrah ni militan ke?
Pergh! Ni tuduhan palsu ni....sape la wat fitnah ni. Ape maksud militan sebenrnyer? Ganas ke usrah ni? Pernahke korang tgk kwn2 korang yang join usrah tu sepak terajang@paw orang atau acu pistol@senapang@pisau kat org? Kalu ade...same ade die sesat tau memg die ni pengganas...well, Kalu korang ckp usrah ni ganas, maknenyer korang pun anggap Rasulullah pun ganas r...? Dulu Baginda wat usrah kat rumah al-Arqam bin Abi Arqam...ingat x lagi?

Usrah ni untuk org baik2 jer, alim, ustaz ustazah je...
Weh, dh confirm tiket ke syurga ke? Golongan ustaz ustazah alim je ke nak jadi baik? Korang x nak jadi baik gak ke? Yang x sampai taraf ustaz ni la yang kene join usrah untuk perbaiki diri...
Usrah ni bosan! Duk mengadap murobbi jer kat surau, wat pe?
Eh, sape kate? Ingt kitorg ni duk terperuk kat surau jer ke...? Banyak r aktiviti kitorang wat...kekdg yang korang blum wat kitorg maybe dah wat...futsal, ice-skatting, mandi sungai, men bowling, makan2, jalan2, khemah....

Ha....usrah bukan setakat tu jer, kite dpt eratkan ukhuwwah sesame kite...dapt saling menasihati, kalu ade kwn2 kite yang 'kecundang' tu, at least dpt r kite tolong, kan3?

:::Tu jer kot...ana nak smbung study Psychology plak ni...esok test...:::

Related Posts with Thumbnails