Daisypath Anniversary tickers

命あるかぎり戦え。たとえどんなに孤独でも。
Inochi arukagiri tatakae. Tatoe donnani kodoku demo.


Swift as wind, silent as forest, fierce as fire, firm as mountain.

Pahlawanku

Posted: Tuesday, June 23, 2009 by Syed M. in Labels:
2

Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamualaikum w.b.t


Walau hari itu telah berlalu, namun hatiku tetap berkata,
"Tiada penamat buat hari itu!"

Ketika ku masih kecil, kau yang
bersusah payah menjaga kami sekeluarga. Walau kau sedikit tegas, aku tetap menyanjungmu.

Semuanya kerana
kegigihan dan kasih sayang yang telah kau curahkan kepada kami sekeluarga...

Teringat lagi ketika ku masih kecil, telinga kecil ini pernah di'ceroboh' oleh sang semut. Tanpa menghiraukan waktu, kau terus membawaku pergi ke hospital untuk menerima rawatan. Di waktu manusia sedang enak dibuai mimpi, kau masih berjaga....kerana kau menyayangiku.

Namun, aku jahil tentang kasih sayang. Aku masih kecil ketika itu. Tidak tahu berterima kasih. Alangkah bodohnya diriku ini. Pabila aku meningkat ke alam persekolahan, kau tetap juga menemani aku. Pabila rakan-rakan yang lain menunjukkan alat permainan yang terkenal ketika itu...DIGIMON...(hahaha), aku terus meminta kau membelinya satu untukku. Aku tidak mengerti yang keluarga kita bukannya orang kaya. Kau hanyalah seorang anggota polis yang gajinya tidak seberapa ketika itu. Hendak makan pun bersusah payah, inikan pula untuk alat mainan yang tiada guna itu. Bodohnya aku ini! Kenapa aku terikut-ikut dengan rakan-rakanku itu....

Tetapi, kau berjanji untuk membeli Digimon itu. Aku, sehingga kini hairan, dari mana duit itu datang... Benarlah apa yang ku dengar..."Seorang bapa akan cuba untuk memuaskan hati anak-anaknya kerana kasih sayang."

Aku ingat lagi janji-janji yang pernah ku buat di depan mu dan ibu.

"Abe Alif ngn Kak Emy berjanji untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam hidup!"

Adakah aku sudah melakukannya? Hanya Allah sahaja yang tahu...

Walaupun kau
dicemuh dan difitnah, kau tetap sabar. Aku kekadang menyimpan dendam terhadap 'mereka-mereka' itu. Tidak cukupkah dengan apa yang mereka lemparkan selama ini? Mereka dengki dengan kau...ya, dengki...kerana kau mendapat apa yang sepatutnya kau dapat dari usaha kerasmu selama ini. Mengelilingi satu daerah Kuala Terengganu untuk memastikan POLIS DIRAJA MALAYSIA terus bergerak dan menabur bakti kepada rakyat, tetapi usahamu dipandang remeh oleh 'mereka-mereka' ini. Aku pernah berjanji, aku akan ubah sistem ini!

Aku ingat lagi, semasa kau pulang ke rumah dengan kepala yang pening dan sakit, kerana dilempar batu oleh penyokong-penyokong
GILA parti pembangkang. Nasib baik kau memakai helmet keselamatan, jika tidak...

Hari itu, mahu sahaja aku pergi ke pejabat
PAS dan marah-marah, tetapi aku sedar siapa diri aku. Justeru, aku mahu jadi seorang yang berkuasa kelak, mengubah negeri ini menjadi lebih baik. Aku sedih melihatmu, pagi bekerja tidak tentu masa, malam pula menolong orang membaiki paip atau menyambung wayar, agar keluarga lain hidup bahagia juga. Walau ada cakap-cakap yang kurang menyenangkan, kau tetap gagahi, untuk menyara keluarga ini.

Kaulah pahlawanku, kesatriaku dan
BAPAku....

:::=:::tribute to
SYED MAZLAN SAYED YUSOF:::=:::
:::=:::[RF 120633]:::=:::
SELAMAT HARI BAPA
MAAFKAN ABE
DOAKAN KEJAYAAN ABE

~sayangilah mereka selagi mereka masih ada, bukan sekadar hari tertentu sahaja~

2 kritikan@pujian:

  1. Fauzan says:

    aku amatlah terharu dengan post ini.

    aku hanya da seorang bapak saudara yang kerja sebagai polis.

    bapa kawan baik aku seorang anggota polis.

    jiran aku dua orang, anggota polis.

    hidup aku dekat dengan polis.

    I've seen how they worked, how hard earning money is. They have to leave their family at home in the middle of the night, hunting for those criminals...

    Do they work few hours per day? no.

    I've seen how my uncle has to leave his home despite the fact that he needs good rest / that we are having family reunion.

    I have seen how a family almost ruined because the family leader is too busy with his job as a police officer.

    Many people tend to overlook the sacrifices made by them.

    mungkin ada segelintir orang punya pengalaman 'pahit' dengan polis, tapi tak adil sungguh untuk cop semua polis tak guna.

    i was thinking about writing a post about this profession few hours ago. upon reading your post, nothing else i can say except 'AGREE WITH YOU'.

Related Posts with Thumbnails