命あるかぎり戦え。たとえどんなに孤独でも。
Inochi arukagiri tatakae. Tatoe donnani kodoku demo.


Swift as wind, silent as forest, fierce as fire, firm as mountain.

Permulaan dan seterusnya...

Posted: Saturday, May 23, 2009 by Syed M. in Labels:
8

"Camne? Anta kene bawak budak2 baru ni" bilang Akhi Saifuddin.
"Err...ana mane pandai, bagi Akif jer la, die terer sket." balasku.
"Eh anta ni....kate nk fly, cmne ni?" Akhi Saifuddin terus menepuk-nepuk aku. Hanya senyumanku yang membalas kata-kata naqibku itu.

Aku mengimbau kembali, sejarahku....bagaimana aku boleh berada di landasan ini.

"Alip, hari ni ade cramoh kat jalan pusara.nk ikot dop?"
"Cramoh? atas kubor ke?"
"Mane ade. Hasan kate kat rumah kat jalan tu r."
"Brape lame?"
"Hasan kate g dlm pkul 10, abis petang r."
"Bia btul mu. cramoh ni besenyer dlm 2 jam jer.x pe r.mu amek aku kat umoh.Bleh?"
"Ok. Aku miskol mu."

Terlintas di fikiranku. Ceramah apa sampai berjam-jam. Tetapi, aku memang suka untuk menyertai apasahaja program keagamaan, lagipun ibu bapaku tidak menghalang. Aku pun sedang bercuti panjang.

Sesampainya aku di venue, aku disambut rakan lamaku, Hassan Amin. Perwatakannya banyak berubah sejak kali terakhir aku bertemunya. Dia kelihatan seperti orang yang 'alim dan warak. Aku berpeluang bertemu sahabat baru di venue, Mansur dan Ainudin. Kedua-dua mereka berperangai amat baik. Di situlah, aku bertemu dengan naqib pertamaku, Ustaz Lokman dan Ustaz Salam. Dari mereka, aku belajar sesuatu yang baru dan membuka sedikit demi sedikit tentang pandangan terhadap apa makna 'dakwah" yang sebenarnya...

Kemudian, aku dipelawa ke Serdang. Aku fikir, hanya untuk berjalan-jalan. Tetapi, sangkaan ku meleset kerana aku menerima sesuatu yang lebih baik daripada itu. Aku mula mengenal ukhuwwah serta nikmat hidup Islam dan Iman. Ku sangkakan sehari dua, tetapi berlanjutan sehingga hampir seminggu. Dari Kuala Terengganu, kami tiba di Shah Alam dan terus Ustaz Salam meninggalkan aku dan Hasan di INTEC untuk mengikuti rehlah bersama pelajar INTEC. Di situ, aku mengenali mereka-mereka yang komited dengan kerja-kerja dakwah dan aku akan bersama mereka memandangkan sebulan lagi kakiku akan melangkah ke INTEC. Kemudian, kami ke Serdang. Mengenali susah payah orang berdakwah. Kemudian ke Perak, mengunjungi ikhwah yang sedang belajar di UTP, ke Pulau Pinang, mengenali mereka-mereka yang akan menjalankan kerja dakwah di Matrikulasi Pulau Pinang dan sekitarnya. Kemudian, turun ke Shah Alam kembali, belajar betapa pentingnya dakwah ini. Turun ke USIM, bertemu kembali shabat lama, Mansur. Kemudian, pulang ke Terengganu....

Namun, betul apa yang dikatakan. Jalan kebenaran adalah jalan yang melukakan tetapi destinasinya adalah syurga. Sesampainya di INTEC, aku diserapkan ke dalam kumpulan usrah yang dikendalikan oleh Akhi Saifuddin. Tidak sampai seminggu aku berada di dalam kumpulan itu, panggilan dari Terengganu mengejutkan aku.

"Abe ikut usrah ke?"Ibuku bertanya.
"Ikut. Ade abang-abang kat INTEC ni ajok."
"Tak yah ikut lah abe. blaja dulu, dakwah2 ni lepas ni la."

Kedengaran suara ayahku berada di talian.

"Abe ikut Ustaz Salam lagi ke?" Nadanya tegas.
"Abe dok jupe lagi die..."
"Abe kate abe ikut usrah?"
"Ye lar, tapi tak tau yang Ustaz Salam handle ke tak..."
"Abe tau dok, Ustaz Salam tu penipu!" Aku terus terkesima dengan penyataan itu.
"Die pau duit budak. Kawan Cikgu Man royak. Die dulu pensyarah KUSZA. Dia tu giler isim. Jangan ikut usrah2 ni. Ade yang sesat!"
"Abe ikut yang btul ni. Ba takyah la bimbang!"
"Takyoh la...ba dgr byk citer ni....Kalu abe ikut usrah jugok, ba amek abe blik!"
Terus mulutku terkunci
"Abe ikut yang btul ni...btul!Abe dok ikut yang sesat! Kalu sesat, abe tinggal doh lar. Abe tahu yang mane sesat, yang mane x! Wat ape ba ato abe gi klas agame nyer slame ni?"

Air mataku mula mengalir. Aku berasa bersalah yang amat sangat kerana aku tidak mampu untuk menahan perasaan sedihku untuk dua sebab:usrah dan ibubapaku.

"Ba nk royak jer...tp jgn ikut usrah ke ape ke, nanti die bwk abe gi bom sane, bom sini, mcm mane?susah ke org pulok!"

Dalam kesedihan itu, aku mahu juga tergelak, kenapa bapaku masih berfikiran begitu?

"Abe akan ikut jugok, x kire r mcm mane pun!" Terus, aku memutuskan talian dan menelefon Ustaz Lokman.

"Mane ade Ustaz Salam macam tu. Die mane penoh ngajo KUSZA. Die tu hafiz al-Quran, takkan gler kot. Tu ustaz lain, Alif jangan bimbang. Cakap slow2 ngn parents, ok?"

Aku bersyukur, Ustaz Lokman masih mengingati aku. Terus sahaja aku mendail nombor bapaku.

"Ba, tu ustaz lain, bukan ustaz Salam. Ustaz Salam x pernah ngajo kat KUSZA, tp die ngajo kat JAIPETRA, Kelantan. Die hafiz Quran, xkan die gler kot..."
"Tp yang pnting, jgn ikut usrah.Blajo dulu. Ba nk suruh Bukit Aman cari maklumat pasal Ustaz Salam ni. Banyak kes doh pasal die ni! Abe blajo!"

Aku terus menangis. Titisan airmata membasahi bajuku. Nasib baik roommates aku tiada.

Panggilan kedua berdering. Pak Su aku.

"Pok Su dgr abe ikut usroh ko?"
"Abe ikut, tp hok btul, bukn hok sesat!" Cepat berita tersebar
"Abe Alif jgn terpengaruh...kalu Pok Su tahu, Pok Su amek blik abe!"

Aku menahan sebak. Tidak mahu isakanku didengari. Aku hanya mengiyakan sahaja.

Itu baru hari pertama. Tangisanku untuk mempertahankan usrahku. Jiwaku. Nafs-ku.

Hari kedua juga aku menangis. Kerana hal yang sama.

"Abe kalu syg umi, blajo dulu. x yoh la usrah2 ni..."

Tinggalkan usrah? Tidak sesekali! Biar aku menangis di dunia ini, janganku menangis di akhirat kelak. Tapi, peringatan ibuku itu umpama satu hirisan sembilu.

Pulang ke kampung, orang mula menyoalku dan mempertikaikan pendirianku.

"Wat gapo la dakwah2 ni, blaja dulu. Tanggung umi ngn ba dulu, bru dakwah2. Cri pitis, pastu bg ko umi ngn ba mu ni dulu."

Jika ini matlamat hidup orang kini, kitaran bodoh terus berputar.

Dua hari aku menangis. Kerna hal yang sama. Tidak pernah selama itu aku menangis. Naqib aku, tempat aku luahkan segala perasaan dan cerita. Aku mendiamkan diri dari ibu bapaku. Tidak menghubungi mereka selama beberapa hari. Aku cuba menguatkan jiwaku ini.

Aku tekad. Menipu ibu bapaku. Menipu bapa saudaraku. Menipu keluargaku.

Usrah kukatakan mesyuarat. Naqib kukatakan mentor. Dauroh kukatakan program. Aku hanya ceritakan apa yang perlu sahaja. Aku sudah tekad. DAKWAH JALANKU!

Namun, aku dah tak tahan menanggung beban ini lagi. Aku dah tak sanggup menipu lagi. Aku dah tak sanggup berselindung lagi. Aku sudah tak tahan. Bebanan semakin berat. Kemudian, aku teringat kisah Rasulullah s.a.w. Baginda berdakwah secara siriyyah (rahsia selama tiga tahun). Baginda dapat menahan segaa dugaan selama itu. Tetapi, aku nak berputus asa?

Ya Allah...bantulah hambamu ini! Kuatkan hatiku ini! Bimbinglah aku!

"Kamu akan berdosa selagi orang kafir kat UK tu tak tahu tentang ini!"

Aku terkejut dengan kenyataan itu, berkaitan Penyaksiaan kepada Syahadah.
Aku pulang ke bilik dengan perasaan takut dan gementar, kerana tanggungjawabku sungguh besar. Tapi, aku terus menipu ibu bapaku untuk mengabdikan diri kepada Allah yang satu. Berdosakah aku? Akukah yang salah?

Hari-hari terus berlalu, dan aku masih melaluinya.
Berbekalkan kesedaran tanggungjawab dan ketulusan hati.
Tapi aku kekadang masih ragu dan sangsi,
adakah mampu ku berjalan di atas landasan ini?
Aku lemah, tiada upaya....

Aku terus mencari....
kebenaran hakiki....
Takkan ku biarkan airmataku,
mengalir tiada erti....




umi....i love you

Posted: Sunday, May 10, 2009 by Syed M. in Labels:
3

Assalamualaikum....

Tanggal 5/9/1990, seorang bayi yang comel dilahirkan oleh seorang ibu yang penyayang...
Bayi itu dijaga seperti emas, dibelai dengan lembut dan dididik dengan penuh kasih sayang. Ibu bayi itu tidak lekang menjaga anak kesayangannya itu dengan penuh cinta dan harapan....

Namun, segalanya bukan indah seperti yang diimpikan. Bayi itu menghadapi masalah untuk bercakap dan berjalan selama 3 TAHUN. Namun, itu semua tidak mematahkan semangat dan meluluhkan hati ibu untuk terus menjaganya....

Bayi itu membesar menjadi seorang lelaki, hasil kasih sayang, belaian cinta dan tanggungjawab seorang ibu. Pelbagai kejayaan dikecapi dan rasa syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Namun, lelaki itu tidak sedar siapa di belakang kejayaannya selama ini. Walaupun dia menyedarinya, namun itu semua di atas kertas, ditulis di pena untuk karangan semata. Lelaki itu terus meminta, meminta untuk keselesaan di dunia tanpa memikirkan ibunya. Ibunya hanya menurut apa sahaja kemahuannya.

Kemudian, lelaki itu sedar atas kealpaannya. Dia sedar yang dia takkan berjaya sampai di sini tanpa kasih sayang seorang ibu. Lantas, dia mencintai ibunya lebih dari dirinya sendiri... Dia menolak cinta yang dijanjikan di dunia dan terus menyayangi ibunya. Ibunya mungkin tidak perasan tentang perubahan sikap anak kesayangannya itu..tetapi beliau tidak kisah kerna dia amat menyayangi anaknya itu.

Segala isi hatinya yang terpendam diluahkan kepada ibunya, rahsia hati, impian, cita-cita dan apa sahaja...walau di mana sahaja lelaki itu berada.

Jika lelaki itu jatuh sakit, ibunya yang paling resah...ke sana ke mari memikirkan nasib anaknya itu. Anaknya berasa berasa amat bersalah, lalu kemudiannya dipendamkan sahaja sakitnya itu.

Pulangnya ke rumah bukannya sekadar pulang bagi lelaki itu...tetapi terkandung seribu makna yang terpendam. Terus sahaja dia memeluk ibu dan bapanya dan mencium keduanya, tanpa dilupa adik-adiknya yang lain.

Perginya dari rumah juga bukan bermakna terus pergi, tetapi terpaksa meninggalkan ibu yang tersayang yang mungkin bermakna pergi untuk selamanya, bertemu Yang Esa. Namun, kata-katanya "abe, belajar sungguh..." menaikkan semangatku untuk tidak hanya belajar untuk diri, tetapi juga untuk keluarga dan agama.

Tanggal 10/5/2009, atau Ahad kedua Mei setiap tahun...Hari Ibu disambut di seluruh dunia..namun lelaki itu masih belum menghubungi ibunya...kerna dia tidak dapat menahan perasaan rindu mahu memeluk ibunya. Inilah antara masa yang terbaik buat anak itu untuk meluahkan rasa kasihnya terhadap ibu secara rasmi...walau kasih sayang terhadap ibu bapa tidak hanya pada hari-hari tertentu sahaja...Jika dihubungi, nescaya lelaki itu tidak tahu apa yang mahu diungkapkan kerna biasanya kata-kata tidak dapat menggambarkan apa yang mahu diungkapkan.

SELAMAT HARI IBU buat ibu-ibu di seluruh dunia. Percayalah, nikmat yang Allah berikan kepada ibu-ibu yang menyayangi anak-anak mereka amatlah besar...

Buat mereka yang berjauhan dengan ibu mereka...ucapkanlah sesuatu yang manis buat ibu mereka...bukan hari ini sahaja...

Bagi mereka yang kehilangan ibu yang amat mereka kasihi, doakanlah mereka...mintalah kepada Tuhan agar selamat mereka di alam yang bakal kita tempuhi...

Lelaki itu adalah penulis...

UMI...
ABE SAYANG UMI SANGAT-SANGAT...
ABE JANJI AKAN UBAH DUNIA INI UNTUK KESEJAHTERAAN MANUSIA...
ABE AKAN SENTIASA JAGA UMI...
SAMPAI KE AKHIR HAYAT...
WALAUKU MENGIDAMKAN SYAHID...
SYAHIDKU DI ATAS RIBAMU, UMI...
air mataku hampir tertumpah semasa menghabisi post ini...
UMI ADALAH SEGALANYA BUATKU....

Penulis bersama ibunya...(AZMAH BT HJ TAIB)

Hadis Rasulullah SAW mengenai ibu

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s. a. w. akan
hal tersebut, jawab Baginda s. a. w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s. w. t. mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s. w.
t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s. w. t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa
seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka
Allah s. w. t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas
untuk membela agama Allah s. w. t.

7. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s. a. w, siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s. a. w., "Suaminya".
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s. a. w, "Ibunya".

8. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

9. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


Related Posts with Thumbnails