Daisypath Anniversary tickers

命あるかぎり戦え。たとえどんなに孤独でも。
Inochi arukagiri tatakae. Tatoe donnani kodoku demo.


Swift as wind, silent as forest, fierce as fire, firm as mountain.

umi....i love you

Posted: Sunday, May 10, 2009 by Syed M. in Labels:
3

Assalamualaikum....

Tanggal 5/9/1990, seorang bayi yang comel dilahirkan oleh seorang ibu yang penyayang...
Bayi itu dijaga seperti emas, dibelai dengan lembut dan dididik dengan penuh kasih sayang. Ibu bayi itu tidak lekang menjaga anak kesayangannya itu dengan penuh cinta dan harapan....

Namun, segalanya bukan indah seperti yang diimpikan. Bayi itu menghadapi masalah untuk bercakap dan berjalan selama 3 TAHUN. Namun, itu semua tidak mematahkan semangat dan meluluhkan hati ibu untuk terus menjaganya....

Bayi itu membesar menjadi seorang lelaki, hasil kasih sayang, belaian cinta dan tanggungjawab seorang ibu. Pelbagai kejayaan dikecapi dan rasa syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Namun, lelaki itu tidak sedar siapa di belakang kejayaannya selama ini. Walaupun dia menyedarinya, namun itu semua di atas kertas, ditulis di pena untuk karangan semata. Lelaki itu terus meminta, meminta untuk keselesaan di dunia tanpa memikirkan ibunya. Ibunya hanya menurut apa sahaja kemahuannya.

Kemudian, lelaki itu sedar atas kealpaannya. Dia sedar yang dia takkan berjaya sampai di sini tanpa kasih sayang seorang ibu. Lantas, dia mencintai ibunya lebih dari dirinya sendiri... Dia menolak cinta yang dijanjikan di dunia dan terus menyayangi ibunya. Ibunya mungkin tidak perasan tentang perubahan sikap anak kesayangannya itu..tetapi beliau tidak kisah kerna dia amat menyayangi anaknya itu.

Segala isi hatinya yang terpendam diluahkan kepada ibunya, rahsia hati, impian, cita-cita dan apa sahaja...walau di mana sahaja lelaki itu berada.

Jika lelaki itu jatuh sakit, ibunya yang paling resah...ke sana ke mari memikirkan nasib anaknya itu. Anaknya berasa berasa amat bersalah, lalu kemudiannya dipendamkan sahaja sakitnya itu.

Pulangnya ke rumah bukannya sekadar pulang bagi lelaki itu...tetapi terkandung seribu makna yang terpendam. Terus sahaja dia memeluk ibu dan bapanya dan mencium keduanya, tanpa dilupa adik-adiknya yang lain.

Perginya dari rumah juga bukan bermakna terus pergi, tetapi terpaksa meninggalkan ibu yang tersayang yang mungkin bermakna pergi untuk selamanya, bertemu Yang Esa. Namun, kata-katanya "abe, belajar sungguh..." menaikkan semangatku untuk tidak hanya belajar untuk diri, tetapi juga untuk keluarga dan agama.

Tanggal 10/5/2009, atau Ahad kedua Mei setiap tahun...Hari Ibu disambut di seluruh dunia..namun lelaki itu masih belum menghubungi ibunya...kerna dia tidak dapat menahan perasaan rindu mahu memeluk ibunya. Inilah antara masa yang terbaik buat anak itu untuk meluahkan rasa kasihnya terhadap ibu secara rasmi...walau kasih sayang terhadap ibu bapa tidak hanya pada hari-hari tertentu sahaja...Jika dihubungi, nescaya lelaki itu tidak tahu apa yang mahu diungkapkan kerna biasanya kata-kata tidak dapat menggambarkan apa yang mahu diungkapkan.

SELAMAT HARI IBU buat ibu-ibu di seluruh dunia. Percayalah, nikmat yang Allah berikan kepada ibu-ibu yang menyayangi anak-anak mereka amatlah besar...

Buat mereka yang berjauhan dengan ibu mereka...ucapkanlah sesuatu yang manis buat ibu mereka...bukan hari ini sahaja...

Bagi mereka yang kehilangan ibu yang amat mereka kasihi, doakanlah mereka...mintalah kepada Tuhan agar selamat mereka di alam yang bakal kita tempuhi...

Lelaki itu adalah penulis...

UMI...
ABE SAYANG UMI SANGAT-SANGAT...
ABE JANJI AKAN UBAH DUNIA INI UNTUK KESEJAHTERAAN MANUSIA...
ABE AKAN SENTIASA JAGA UMI...
SAMPAI KE AKHIR HAYAT...
WALAUKU MENGIDAMKAN SYAHID...
SYAHIDKU DI ATAS RIBAMU, UMI...
air mataku hampir tertumpah semasa menghabisi post ini...
UMI ADALAH SEGALANYA BUATKU....

Penulis bersama ibunya...(AZMAH BT HJ TAIB)

Hadis Rasulullah SAW mengenai ibu

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s. a. w. akan
hal tersebut, jawab Baginda s. a. w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s. w. t. mencatatkan baginya
setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s. w.
t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s. w. t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa
seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka
Allah s. w. t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas
untuk membela agama Allah s. w. t.

7. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s. a. w, siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s. a. w., "Suaminya".
"Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s. a. w, "Ibunya".

8. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah
panggilan ibumu dahulu.

9. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


3 kritikan@pujian:

  1. waaaaa
    sedih gle aku bc
    :(

  1. shinichi kudo says:

    mu penoh sakit ek..?
    hrm,xtaw laa plop~

  1. Syed M. says:

    to zerot...
    sedih ke....?

    to sharif...
    aku x ley jlan ngn ckp jer...huhu
    sakit tu bler2 bley...

Related Posts with Thumbnails