命あるかぎり戦え。たとえどんなに孤独でも。
Inochi arukagiri tatakae. Tatoe donnani kodoku demo.


Swift as wind, silent as forest, fierce as fire, firm as mountain.

ACT 66: PVG. EWK. BUF

Posted: Tuesday, January 26, 2010 by Syed M. in Labels:
2


Syukur ke hadrat Ilahi, dapat terus bernafas dengan udaranya yang masih beku di sini dan terus menulis, untuk kepuasan diri dan tanda bersyukur di atas nikmatnya.

Sambungan--->

E-Ticket dah ada. Semua dah setel. Ade lagi yang belum. AIR dan SOLAT.

Menuju ke kedai, berada selang dua lot dari tempat fax tadi, ana pun beli la air. Air mineral. Check label, kot2 ade benda yang tak sepatutnya dalam tu. Kata China, bukan Malaysia. Alhamdulillah, free of unwanted species. Hehe. Agak mahal la kot, 20Yuan. Tapi, nak hilangkan haus ni, berkorban jer lah.

Air botol pertama ana.huhu

Lepas minum2, pergi ambik wudhu'. Bateri phone pulak macam nak kong. Alhamdulillah, nasib baik ada charging vendor kat situ, dekat dengan Lost n Found station. Macam mana nak charge ni?

1. Pilih jenama telefon.
2. Masukkan 1 Yuan ke dalam slot.
3. Pasangkan pengecas ke telefon. Tunggu selama 10 minit.

Tunggu la ana kat situ sampai 10 minit. Lapar pulak rasanya. Nak beli Toblerone, macam was-was pulak. Takpela. Tak lama lagi, melantak dalam plane.

Then, pencarian tempat sembahyang bermula. Kat situ, ramai orang. Kat situ, ada polis. Kat situ, orang nak lalu. Mencari-cari, akhirnya takde tempat. Jadi, nekad nak sembahyang gak...dalam hati...

"Bagiku agamaku, bagimu agamamu!"


Solatlah kat situ. Bimbang jugak kalau polis datang tegur. Sebab teringat kes Uighur, cuak jugak lah.

Selesai solat, pergi sambung mengecas telefon untuk 2 Yuan lagi. Sambil tunggu 1.55 tengah hari.

Dah tiba masanya, pergi beratur. Serah E-Ticket. Kakak tu suruh pergi kaunter lagi satu, macam ada problem. Pergi ke kaunter lagi satu. Abang tu check2, die nak cakap English, tapi ana pun tak faham. Dia cakap ada problem tak dapat detect kod. Apa pulak nih? Dia suruh pergi kaunter MAS. Kena jalan lagi... aduuiiii...

Sampai kaunter MAS, dengan harapan dapat jumpa pegawai MAS orang Malaysia, tapi yang jaga kaunter jer ada. China woman. Suruh dia check kod, dapat.

Pergi balik ke kaunter Continental. Dia check2 jugak. Pastu abang tu cakap, memag tak dpt detect. Kak Ija mesej, tanya kondisi. Cakaplah ada prob. Abang tu cakap tunggu dulu. Yerla..."it's not your fault, we know that." Hurm...

Sekali Kak Ija bagi mesej ni,

"Alif settle x? Continental KL Ms Melinda ckp ur name xde dlm list connecting flight."

APA NIIIIII? Macam mana tak ada ni....Ya Allah, memang rase macam hari tu kene stay Shanghai satu hari lagi la nampaknya. Macam mana dah book ticket, boleh takde name ni?

*Ayah bagitau, ejen yang MARA assign untuk uruskan tiket jual tiket ana tu pada 8 Disember. Aik, bleh plak pegi jual2 kat orang lain. Aduiii...jadi, korang hati2lah!*

Tunggu punya tunggu, dengan abang tu calling sana, calling sini dalam bahasa entah ape...ana ni ibarat tengah tengok drama HongKong yang takde subtitle. Adduiii...

Akhirnya, 3.50 petang, lepas lima minit kaunter tutup(3.45), ana dapat ticket reserve. Mungkin lepas berurus niaga dengan orang MAS.

ALHAMDULILLAHHHHHHH~~~

Naik jer Boeing 777, trus tidur. Orang bagi earphone untuk tengok movie pun tak sedar. Tak tengok movie la jawabnye. Nak mintak, malas pulak. Mata nak pejam jer. Letih, lepas tawaf Pudong International Airport. Tengok route kapal terbang jer laa.... Hidung pulak, kejap2 bleeding. Sabar jer naaa...

Beza Continental dengan MAS, pramugari Continental kebanyakannya lelaki, pramugari MAS semua perempuan. Hurm...


Lepas dalam 13 jam perjalanan, ana sampai ke Newark. Sambil2 tunggu line kat imigresen tu, tiba2 telefon bunyi. Pelik gak la...Celcom mane boleh sampai sini kowt. Ada orang tunggu kat luar. Alhamdulillah. Jangan jadi macam Pudong sudah, tak ada orang nak guide.

Sekali, kene tahan kejap. Sebab ada dua I20. Laaa...dah embassy suruh tunjuk dua2, ana pun tunjuk la. "Do not show us both of these, or you will waste our time here." Yer la bang. Saya tak buat lagi. Nasib baik tak kena declare pape, or geledah beg atau masuk bilik.


Kat luar, Pak Cik Arham tengah tunggu dengan family dia. Tapi, tengah tunggu kat tahanan tadi
line dah panjang. Bimbang tak sempat, Pak Cik Arham pun bawak pergi ke kaunter Continental tu sendiri. Bayar kos beg, USD50. Laa...ingat MARA dah tanggung semua. Harap2 boleh claim lepas ni. Pak Cik Arham cakap, pegawai MARA, Puan Huda tak dapat datang sebab flight cancel.

Pak Cik Arham pun bawak pergi makan kat Burger King. Trimas syukran shukriya!


Dan perjalanan lepas tu lancar, tanpa sebarang gangguan. Alhamdulillah.

Sampai di Buffalo International, Nawi dan Zulhilmi(Bobby) menunggu. Dan ana pun tiba di rumah....Alhamdulillah.

Kenapa ana coretkan cerita ni? Nampak macam buang masa jer kan? Tapi bagi ana, itulah detik2 yang takkan ana lupakan. Dan sebagai bukti Allah masih sayangkan ana...Alhamdulillah, dan sebagai peringatan buat diri yang selalu lalai dan lupa ni, agar ingat yang Allah tu MAHA BESAR!


*maskot Pudong*


ACT 65 : KUL.PVG

Posted: Sunday, January 17, 2010 by Syed M. in Labels:
4

2 minggu dah berlalu. Tapi, coretan ini tetap ana mahu kongsikan, mungkin suatu hari nanti ana teringat kembali memori ini. Bismillah...

[Terdapat challenges di setiap airport. Perhatikan tulisan berwarna hijau]

29 Disember 2009, hari yang ditentukan kepada ana untuk berangkat ke bumi USA, sebagai langkah ana yang seterusnya dalam musafir di bumi Tuhan. Malam tu, di KLIA, atau codenya KUL.

Ana tak sangka ada rakan yang menemani, Akif dan Arif. Aduh...rindu pula nak tinggalkan rakan seikhwah ni. Semoga kamu semua tetap pada landasan, ya.

Family semua ada malam tu. Malam last la katakan. *cam nak g perang plak* Ummi, kurang berkata-kata sejak dalam perjalanan. Begitu juga dengan yang lain. Ana, sibuk menaip mesej untuk rakan handai. Dah nak pergi ni. Sedih...=)

Selit dulu gambar2 nih...


Malam2 terakhir kaki ana di Malaysia. Entah lah nak rasa macam mana. Macam tak rasa apa-apa. Sedih tak, gembira pun tak. Entah lah. Tapi, alhamdulillah...selamat sampai jugak kan? =)

Ni ana punya plane, A330. MAS code ana lupa. Check la di ana punya wall FB ya..
Gelap sikit. Biasalah...Yari nye kamera jer...

CHALLENGE 1
Kaunter berlainan dari apa yang diberitahu.
Tiada pegawai MARA@MAS yang ada(biasanya ada)
Luggage tak boleh check in terus dari KLIA ke Buffalo I'national

Dan, kurang dari pukul 1.40, ana naik ke kabin, ekonomi jer. Dari situ, perjalanan ana bermula. Hampir satu aircraft orang Cina. Tak kisah lah. Kata nak pergi China.

*******

"Welcome to Pudong International Airport, Shanghai, People Republic of China."

Apalagi, tanpa tahu Subuh pukul berapa...ana meluru keluar dari pesawat. Dah mula rasa sejuk sikit, sebab suhu kat situ lebih kurang 1 drjah Celcius.

Kene sign confirmation H1N1, kena beratur (lagi!) untuk arrival card. Adduii... Cek jam, lg lebih sepuluh jam before next departure. Dan, di sinilah...pengalaman paling mengerikan bagi ana bermula...~~~

Ana ingat ada pegawai MAS@MARA yang tunggu kat Pudong. TIADA! Orang MARA cakap ada. Tapi, TIADA! Dah la ana ni tak pernah journey jauh2..setakat lawatan sambil belajar ke Sarawak tu ye lah. Apakah nasib.

Tapi, time tu...ana ingat mende ni jer....ALLAHU MA'ANA!...Allah ada dengan kita....hurmm...=)

Ana terus pergi kat information counter, tunjuk kertas E-Ticket(yg menjadi punca kisah ngeri) kat perempuan tu. Kena pergi Bahagian E. Pergi, cari kaunter Continental...tak jumpa! Ana pun tanya orang yang jaga bahagian E tu. Dia ni kurang pandai berENGLISH. Aduuiii...lagi. Takpe la. Bleh la faham. Kaunter Continental bukak pukul 1.55 pm. OK then.

Pergi la duduk kejap. Nak cari tempat sembhyang...tak jumpa yang agak tersorok sikit. Letihnya. Tekak dah la kering giler. Memang macam puasa di hari yang panas terik gile. Aish....tapi, ALLAHU MA'ANA...~

Nak beli air lah sekejap. Cari punya cari, jumpalah pengurup wang. Haha. SPD Bank. Nak tukar USD10, dia cakap...diorang akan ambil USD7 sebagai cukai. WEH, apehal lak ni...banyak plak ambik nyer....Fikit punya fikir, tak payah lah. Baik ana cari air sendiri.

Cari, cari...jumpa lah beberapa water cooler. Tapi, takde cawan! Diorang pakai bukan macam US ke, Malaysia nyer public water cooler. Diorang jenis pelik sikit. Tak pakai cawan...nanti orang marah plak.

Pusing lah lagi..tawaf satu airport...nak cari air. Teringat pulak kisah Siti Hajar cari air untuk anaknya Ismail. Jumpa, tapi semua nak pakai jenis cawan. Ada la dekat 2 kali tawaf tempat tu nak cari air.

Akhir sekali, NEKAD! Aku nak minum jugak! Tadah pakai tangan. ALHAMDULILLAH~~~memang bersyukur gile time tu...Ya ALLAH~~!

Satu jer ana tak suke, nak sentuh apa2...electric shock! Electric static kowt...sebab bile gelek trolley tu(luggage pegang sendiri), mungkin badan tercas sekali. Aduii...

Jadi, apa2 hal...solat dulu. nanti memang tak sempat time masuk pesawat nanti. Pergilah berwuduk kat tandas. Tinggal luggage kat luar, memang berharap kat ALLAH jer tolong jaga time tu. Bukak jaket, ambil wuduk.

Keluar bilik air, nak check passport etc....sekali!

E-TICKET HILANG!

Ya Robbi. Memang letak E-Ticket tu dalam jaket tadi. Macam mana boleh cicir ni? Ya Robbi. Masuk bilik air...check..pastu tanye pakcik dalam bilik air tu. TIADA!

Keluar...tawaf sekali lagi airport. Cari. Tak de. Tawaf lagi. Takde jugak! Tanye LOST n FOUND nyer kaunter. Takde jugak. Memang rasa macam nak menangis lah time tu.

Tanpa banyak bicara dan selepas berfikir panjang, hantar satu mesej kat ayah. Hope dapat ctc Cik Farra secepat yang mungkin. Mungkin ada peluang di situ.

Boleh pulak msg. Call, tak bleh plak. Tapi, Alhamdulillah lah. Selang beberapa msg kemudian, Cik Farra msg. Nasib baik tu e-Ticket jer. Kalu boarding pass....ish. Beliau pun bagi code no. untuk tiket ana.

Kak Ija(anak sedare ayah). Nasib baik dia tolong. Dia ni ejen MAS tak silap. Entah lah. Tapi, memang bersyukur lah.

Tiba satu masa, dia nak hantar e-Ticket tu balik. Ana pun cari, manalah internet ke, fax ke kat sini. Jumpa, tapi matawang Yuan. China nyer currency. Jadi, terpaksa lah tukar duit ke duit Yuan. Tukar USD30, dapat dalam 150Yuan sen2 r. Nak tengok?

First time in my life, ana pegang duit China. Ok la. Not bad. Haha.

Jadi, dapatlah fax dari Kak Ija. Thanx!

Tapi, segalanya belum berakhir....

Rintangan di depan banyak lagi, sampai hampir tak bleh fly. Kenapa?

Nantikan ACT 66....!



ACT 64: Selamat tiba

Posted: Wednesday, January 6, 2010 by Syed M. in Labels:
3

Post pertama semasa ana di US.

Post pertama untuk 2010.

Alhamdulillah. Ana tiba di Buffalo tanpa ada apa-apa masalah yang memudaratkan. Terlalu banyak rintangan dan ujian dalam perjalanan ke sini. Entahlah. Nanti ana ceritakan kemudian. Nak ceritakan sekarang memang tak sempat. InsyaAllah, post seterusnya tentang perjalanan ana dari Malaysia ke Pudong, akhirnya tiba di Buffalo. InsyaAllah.

Walaupun rindu mencengkam jiwa, kasih merentap sanubari, tapi perjuangan dan perjalanan mesto diteruskan. Ana mengakui, memang ana sedang merindui mereka di sana. Tapi, alhamdulillah, rakan-rakan di sini ada sebagai ganti pengubat rindu di dada.

Dan, perjalanan itu, akan diteruskan.... sehingga nyawa terpisah dari jasadnya.

***********************

Salju Merah akan terus diupdate, dari masa ke semasa, dengan tambahan watak dan setting baru: USA & Shah Alam.

Related Posts with Thumbnails