命あるかぎり戦え。たとえどんなに孤独でも。
Inochi arukagiri tatakae. Tatoe donnani kodoku demo.


Swift as wind, silent as forest, fierce as fire, firm as mountain.

ACT 60 : Hijrah: Azam dan Niat

Posted: Thursday, December 17, 2009 by Syed M. in Labels:
2



بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum.

Pertama sekali, ana nak ucapkan tahniah untuk 2 pihak.
  1. Pembaca blog ana sekarang.

    Tahniah, kerana anda masih diberi peluang untuk terus bernafas menggunakan udara yang Tuhan ciptakan, dan dapat melihat blog yang daif ini.. Juga, dapat kita menikmati Tahun Baru ni. Manakan tahu, sehabis sahaja membaca post ini, ada yang pergi meninggalkan kita, menuju ke kehidupan abadi. Allahu'alam. Oleh itu, jom kita mengucapkan syukur, Alhamdulillah, dan istighfar, astaghfirullah, serta memuji kebesaran-Nya, Allahu Akbar. Bukan untuk menakutkan, tapi lebih kepada mengingatkan. Barang ada yang terlupa, mati itu di mana-mana.

  2. Pemain bola sepak Malaysia untuk Sukan Sea Vientine 2009


    Tahniah, kerana membanggakan rakyat bola sepak Malaysia. Anda membuktikan bahawa kritikan negatif terhadap anda dapat dipertikaikan. Tapi, ingat…jangan rebah bila selesa di persada.

1 Muharram, detik yang istimewa buat umat Islam. Kerana ianya satu permulaan kepada tahun yang baru, dengan spirits yang baru. Membuka lembaran kehidupan dengan lebih bermakna, bukan sekadar celupan angan-angan kayangan.

Tapi, silapnya…Tahun Baru dibayangi Tahun Baru yang lain. Yang sepatutnya menjadi asing kepada kita. Tapi, disebabkan penerimaannya sejak kecil, maka ia menjadi satu yang sebati. Ya, 1 Januari.

Maka, bila 1 Muharram dilupakan, maka semangat hijrah itu mula pudar. 1 Januari disambut gilang-gemilang, 1 Muharram dibiar sepi. Tapi, masih ramai yang sedar apakah 1 Muharram tu. Alhamdulillah.

Bila sebut tentang Tahun Baru, mesti ramai yang akan ada azam baru. Bukan Mohd Norazam yang baru.

"Azam aku tahun ni nak dapatkan at least sorang awek."

"Aku azam tahun ni aku nak lepas exam. Dapat Anugerah Dekan."

"Azam aku tahun ni nak jadi anak yang soleh."

"Azam aku, aku nak kurangkan kg aku."

Macam-macam azam ada. Pelbagai. Bila Tahun Baru, azam mesti baru. Apa-apa perubahan, mesti melibatkan perubahan diri. Hijrah.

Hijrah. Kalau kita belajar dulu, bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Jika dikaitkan dengan sesuatu, mestilah ada kaitan dengan perubahan, bukan?

Bila nak berhijrah, kena setting niat. Ataupun bahasa Tahun Baru, azam. Ada hadis tak pasal hijrah ni?


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."


Hadis ni amat penting, antara tunjang kepada Islam. Sebab dia berkaitan dengan rukun pertama dalam ibadah, niat.

Macam kita nak buat sesuatu, mesti kena niat.

Tapi, ingat…niat kadang-kadang bleh jadi ilah kita. Apa pulak ilah ni? Kena faham maksud ilah ni. Kalau tak, semcam sia-sia sahaja syahadah anda. Semacam, bukan btul2. La ilaha illAllah.

Perkataan ILAH membawa kepada pengertian yang saling melengkapi. Untuk tujuan perbincangan, kita bahagikan ia kepada enam pengertian iaitu:
  1. Tuhan menurut pengertian lazim
  2. Tumpuan atau matlamat pengabdian
  3. Tempat perlindungan
  4. Tumpuan kecintaan
  5. Pemberi rezeki
  6. Sumber perundangan
(sumber, SaifulIslam. [KLIK])

Seperti mana yang ana katakan tadi, niat boleh jadi ilah kita. Sama ada ilah tu kepada Allah atau kepada dunia semata-mata. Fikir balik, selama ini, ada tak kita nak buat apa-apa bukan kerana Allah?

"Aku kena dapat tinggi TOEFL kali ni. Ni second time aku amek nih. Kalau tak, x lepas r nak g US. Malu siot!"

"Sebab Ana lah, saya dapat sembahyang blik. Bila masuk waktu tu, saya terus ingat apa yang Ana cakap dulu."

Ish3. Tapi, itulah...kita kadang-kadang terlupa dengan keTERIKATan kita dengan Allah. Lebihkan dunia dari akhirat. Jom istighfar jap.

Kalau apa yang kita hijrahkan tu berdasarkan Allah semata, insyaAllah, dapat balasan yang baik. Tapi, kalau kita berhijrah kerana dunia, kita mungkin dapat apa yang kita nak. Tapi, tidak mustahil untuk terlepas keredhaan Allah. Ke macam mana?

Jadi, jom kita set matlamat kita selepas ni. Jangan tangguh2...orang bertangguh tu orang yang hidupnya mati. Faham? Huhu.

Pertama, buang segala keBERGANTUNGan kita kepada selain Allah. Lepas ni, usahalah untuk takde lagi nak wat sesuatu sebab awek ke, pakwe ke, mak suruh ke, cikgu pakse ke....juz buat kerana Allah. Terbukti tenang dan efisien kerja kita. Terbukti!

Kalau kita nak bergantung kat seseorang ke, ape ke....mesti kena kenal dulu sape dia kan?
Jadi, nak bergantung pada Allah, jom kenal dengan Allah. Macam mana nak kenal? Buat research? Terpulang, tapi pastikan yang benar. Silap, boleh jadi Ayah Pin. Na'uzubillah. Bila dah kenal Allah, semangat nak bergantung tu mesti kuat gile...percaya habis r. Orait?

Lepas tu, ubah niat kerana Allah. Hanya Allah. Bukan lain. Semua niat, relatekan dengan Allah.

"Aku nak belajar sekarang, sebab Allah suruh cari ilmu."

"Aku tak nak procrastinate kerja dah, sebab Allah suruh jangan buang masa."

"Aku nak tahajjud, sebab Allah. Bukan sebab Ana lagi dah."

Faham macam mana nak buat? Tak faham...sila tanya. Jangan segan. Ana bukan pandai sangat pon.

Lepas tu, jangan lupa...'insyAllah'. Penting tu! Tapi, jangan salah guna 'insyaAllah'. Sebenarnya, ia digunakan untuk satu kepastian dan jaminan, bukan untuk sesuatu yang samar.

Macam ni, anda dah janji nak pergi jumpa kawan. Memang jadi la. Bile time macam ni, bleh pakai 'insyaAllah'.

Tapi, bila anda macam malasa jer nak penuhi tuntutan tu, atau ade benda yang lagi penting untuk anda selesaikan pada ketika tu, elakkan menggunakan 'insyaAllah'. Ini sekadar contoh.

Jadi, sempena 1 Muharram 1431, ana mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH. Semoga hijrah kita tahun ini lebih bermanfaat, kepada diri dan orang lain, dan diberkati Allah. Juga, berusahalah untuk mendapatkan redha-Nya. Hayati HIJRAH.



Jadi, mulakan hari anda, bukan dengan secawan nescafe, tapi dengan niat. Niat kerana Allah.
Allahu'alam.

ACT 58 : fikir kembali

Posted: Saturday, December 5, 2009 by Syed M. in Labels:
0



Kita hamba di dunia,
Mesti ada ujian dari-Nya;
Sabar itu kunci berjaya,
Jika tidak jadi aniaya.

Pernah dengar pantun ni? Memang tak pernah, sebab baru jer direka 2 minit yang lalu. OK, straight to the point.

Apa kena dengan sabar? Cuba kita tenangkan hati, relaxkan minda, muhasabahkan diri.Istighfar. Pernahkah aku bersabar selama ni? Bila kali terakhir aku bersabar? Adakah aku akan bersabar lagi? Fikir rakan-rakan, jom fikir sama-sama.

Pernah tak hadapi satu situasi yang mana ada yang tak puas hati dengan kita, walaupun kita rasakan kita di landasan yang sebaiknya? Bila dia mula mencerca atau membenarkan apa yang kita fikirkan salah, apa reaksi kita? Adakah kita perlu 'membalas' atau 'menerima'?

Ana pernah hadapi satu situasi, di mana ada pihak yang mencaci pihak Islam, dengan kata-kata kesat. Ana jangkakan pihak Islam ni akan 'menerima bangkai dan membalas dengan bunga', tapi lain yang terjadi. Makin ramai yang mencaci pihak yang menghina tu. Ada juga yang cuba menegur, tapi cacian makin bertambah. Apa pendapat anda?

Dalam satu lagi situasi, ada pihak yang menyokong perkara yang salah dan ada pembangkang. Yang menyokong terus menyokong, dan menggunakan sebahagian ayat suci untuk mempertahankan 'orang' itu. Yang membangkang cuba membetulkan, dengan segala bait-bait kata dan link-link. Tapi, yang menyedihkan, golongan pembangkang ini menggunakan perkataan2 kesat dan boleh menyinggung pihak penyokong. Pihak penyokong, seperti biasa, membalas dengan apa yang diterima…iaitu juga guna apa2 yg kesat. Jadi, apa pendapat anda?

Apa pendapat Rasulullah?


Ya, mempertahankan agama adalah sesuatu yang wajib. Apatah lagi mempertahankan syariat yang telah ditentukan pada umat Islam.

Tapi, apa yang salah di sini adalah CARA.

Dakwah juga perlu berhikmah. Apa maksud hikmah?




Berasal dari perkataan hakamun, yang beerti 'kebijaksanaan'.

Contohnya, jika kita berkata, "Weh, taubatla weh. Ko ni nak jadi kayu api kat neraka nanti ke? Setan la!" Adakah ini kita panggil hikmah? Sama sekali bukan.

Sabar dan berhikmah dalam berdakwah adalah sangat penting. Dipasang pula dengan keikhlasan dan ketaqwaan serta kesedaran akan tanggungjawab, dakwah tu akan jadi satu senjata yang paling kuat. Jika tak boleh bersabar, secara automatiknya hikmah itu akan pudar dan keikhlasan akan terhapus.

Ya, orang bukan Islam yang harbi dan orang Islam sendiri yang tidak faham akan menentang apa sahaja yang kita lakukan jika mereka anggap apa yang kita pertahankan itu bertentangan dengan ideology mereka. Tak kisah samada HAM, hak persamaan jantina, liberalism…

Tapi, sebenarnya, ramai yang menjadi hamba kepada semua itu adalah mereka2 yang tak faham, dan tidak tahu. Tak faham 3 perkara penting, especially to all of us as Muslims.

  1. Mengapa dilahirkan ke dunia?
  2. Apa tanggungjawab di dunia?
  3. Ke mana kita selepas ini?

Kita kena faham jawapan kepada semua ni. Nak faham? Lain kali kita bincangkan. Huhu.

Syed Qutb pernah berkata, perangilah mereka dengan kasih sayang. Siapa mereka? Jika waktu ana baru tahu dulu, untuk golongan musuh Islam. Tapi, lihatlah bahawa kata-kata itu adalah sesuai untuk para penegak agama. Kasih sayang di sini tak bermaksud pergi peluk cium atau belai mereka, tetapi dengan menggunakan kebijaksanaan kita.

Dengan peperangan bersenjatakan kasih sayang, automatic itu semua menggambarkan akhlak kita. Andaikan ana berkata begini kepada anda, "Korang ni macam bangs**, ingat korang bagus lah!" Sorilah, ana tak pandai nak reka ayat-ayat kasar cam org lain. Macam mana pandangan anda pada ana? "Kurang ajarlah ----- ni!" Mesti perkara-perkara negative yang berlari-lari di minda.

Jika mereka masih mencaci, perlukah kita bersabar, atau memulangkan cacian, atau berdiam diri? Jawapan ana, kita perlu bersabar dan pulangkan, bukan cacian, tapi kebaikan kepada mereka. Jangan pula membalas dengan tahi. Allah ada berfirman,

Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumNya) perbuatan Yang baik dan perbuatan Yang jahat. Tolaklah (kejahatan Yang ditujukan kepadamu) Dengan cara Yang lebih baik; apabila Engkau berlaku demikian maka orang Yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, Dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (Fussilat : 34)

Tolak kejahatan dengan kebaikan? Macam mana tu? Haa… itulah maknanya dakwah dengan cara berhikmah! Betul tak? Entah, ana pun tak pasti. Huhu. Tapi, anda boleh fikir sendiri kan? Dan, sabar adalah benda yang penting juga dalam berdakwah ni… kenapa erk? Jom tanya Allah…

"Wahai orang-orang Yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi Segala kesukaran Dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." (ali-Imran 3:200)

Bersabar di medan perjuangan. Adakah perlu bersabar hanya bila di medan tempur di Palestin? Adakah perlu bersabar hanya bila membidik sasaran di Iraq? Adakah perlu bersabar hanya ketika mengisi kelongsong peluru di Bosnia? Tidak. Medan kita adalah dakwah, tugas sebagai KHILAFAH di atas muka bumi. Ini menjawab soalan no.2 tadi.

Jika tidak mampu, jangan teruskan. Bimbang sasaran dakwah terkeliru, terpesong dan seterusnya menghentam kita kembali dan akhirnya lari dari kebenaran.

Tapi, bagaimana dengan tanggungjawab sebagai khilafah?

Tuntutlah ilmu, TAPI bukan niat untuk berdebat. Niat kerana Allah. Ikhlaskan dirimu.

Jadi, tarik nafas, hembus. Fikir dalam-dalam. Senyum. Allahu'alam.




Related Posts with Thumbnails