Daisypath Anniversary tickers

命あるかぎり戦え。たとえどんなに孤独でも。
Inochi arukagiri tatakae. Tatoe donnani kodoku demo.


Swift as wind, silent as forest, fierce as fire, firm as mountain.

ACT 60 : Hijrah: Azam dan Niat

Posted: Thursday, December 17, 2009 by Syed M. in Labels:
2



بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum.

Pertama sekali, ana nak ucapkan tahniah untuk 2 pihak.
  1. Pembaca blog ana sekarang.

    Tahniah, kerana anda masih diberi peluang untuk terus bernafas menggunakan udara yang Tuhan ciptakan, dan dapat melihat blog yang daif ini.. Juga, dapat kita menikmati Tahun Baru ni. Manakan tahu, sehabis sahaja membaca post ini, ada yang pergi meninggalkan kita, menuju ke kehidupan abadi. Allahu'alam. Oleh itu, jom kita mengucapkan syukur, Alhamdulillah, dan istighfar, astaghfirullah, serta memuji kebesaran-Nya, Allahu Akbar. Bukan untuk menakutkan, tapi lebih kepada mengingatkan. Barang ada yang terlupa, mati itu di mana-mana.

  2. Pemain bola sepak Malaysia untuk Sukan Sea Vientine 2009


    Tahniah, kerana membanggakan rakyat bola sepak Malaysia. Anda membuktikan bahawa kritikan negatif terhadap anda dapat dipertikaikan. Tapi, ingat…jangan rebah bila selesa di persada.

1 Muharram, detik yang istimewa buat umat Islam. Kerana ianya satu permulaan kepada tahun yang baru, dengan spirits yang baru. Membuka lembaran kehidupan dengan lebih bermakna, bukan sekadar celupan angan-angan kayangan.

Tapi, silapnya…Tahun Baru dibayangi Tahun Baru yang lain. Yang sepatutnya menjadi asing kepada kita. Tapi, disebabkan penerimaannya sejak kecil, maka ia menjadi satu yang sebati. Ya, 1 Januari.

Maka, bila 1 Muharram dilupakan, maka semangat hijrah itu mula pudar. 1 Januari disambut gilang-gemilang, 1 Muharram dibiar sepi. Tapi, masih ramai yang sedar apakah 1 Muharram tu. Alhamdulillah.

Bila sebut tentang Tahun Baru, mesti ramai yang akan ada azam baru. Bukan Mohd Norazam yang baru.

"Azam aku tahun ni nak dapatkan at least sorang awek."

"Aku azam tahun ni aku nak lepas exam. Dapat Anugerah Dekan."

"Azam aku tahun ni nak jadi anak yang soleh."

"Azam aku, aku nak kurangkan kg aku."

Macam-macam azam ada. Pelbagai. Bila Tahun Baru, azam mesti baru. Apa-apa perubahan, mesti melibatkan perubahan diri. Hijrah.

Hijrah. Kalau kita belajar dulu, bermaksud berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Jika dikaitkan dengan sesuatu, mestilah ada kaitan dengan perubahan, bukan?

Bila nak berhijrah, kena setting niat. Ataupun bahasa Tahun Baru, azam. Ada hadis tak pasal hijrah ni?


Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu."


Hadis ni amat penting, antara tunjang kepada Islam. Sebab dia berkaitan dengan rukun pertama dalam ibadah, niat.

Macam kita nak buat sesuatu, mesti kena niat.

Tapi, ingat…niat kadang-kadang bleh jadi ilah kita. Apa pulak ilah ni? Kena faham maksud ilah ni. Kalau tak, semcam sia-sia sahaja syahadah anda. Semacam, bukan btul2. La ilaha illAllah.

Perkataan ILAH membawa kepada pengertian yang saling melengkapi. Untuk tujuan perbincangan, kita bahagikan ia kepada enam pengertian iaitu:
  1. Tuhan menurut pengertian lazim
  2. Tumpuan atau matlamat pengabdian
  3. Tempat perlindungan
  4. Tumpuan kecintaan
  5. Pemberi rezeki
  6. Sumber perundangan
(sumber, SaifulIslam. [KLIK])

Seperti mana yang ana katakan tadi, niat boleh jadi ilah kita. Sama ada ilah tu kepada Allah atau kepada dunia semata-mata. Fikir balik, selama ini, ada tak kita nak buat apa-apa bukan kerana Allah?

"Aku kena dapat tinggi TOEFL kali ni. Ni second time aku amek nih. Kalau tak, x lepas r nak g US. Malu siot!"

"Sebab Ana lah, saya dapat sembahyang blik. Bila masuk waktu tu, saya terus ingat apa yang Ana cakap dulu."

Ish3. Tapi, itulah...kita kadang-kadang terlupa dengan keTERIKATan kita dengan Allah. Lebihkan dunia dari akhirat. Jom istighfar jap.

Kalau apa yang kita hijrahkan tu berdasarkan Allah semata, insyaAllah, dapat balasan yang baik. Tapi, kalau kita berhijrah kerana dunia, kita mungkin dapat apa yang kita nak. Tapi, tidak mustahil untuk terlepas keredhaan Allah. Ke macam mana?

Jadi, jom kita set matlamat kita selepas ni. Jangan tangguh2...orang bertangguh tu orang yang hidupnya mati. Faham? Huhu.

Pertama, buang segala keBERGANTUNGan kita kepada selain Allah. Lepas ni, usahalah untuk takde lagi nak wat sesuatu sebab awek ke, pakwe ke, mak suruh ke, cikgu pakse ke....juz buat kerana Allah. Terbukti tenang dan efisien kerja kita. Terbukti!

Kalau kita nak bergantung kat seseorang ke, ape ke....mesti kena kenal dulu sape dia kan?
Jadi, nak bergantung pada Allah, jom kenal dengan Allah. Macam mana nak kenal? Buat research? Terpulang, tapi pastikan yang benar. Silap, boleh jadi Ayah Pin. Na'uzubillah. Bila dah kenal Allah, semangat nak bergantung tu mesti kuat gile...percaya habis r. Orait?

Lepas tu, ubah niat kerana Allah. Hanya Allah. Bukan lain. Semua niat, relatekan dengan Allah.

"Aku nak belajar sekarang, sebab Allah suruh cari ilmu."

"Aku tak nak procrastinate kerja dah, sebab Allah suruh jangan buang masa."

"Aku nak tahajjud, sebab Allah. Bukan sebab Ana lagi dah."

Faham macam mana nak buat? Tak faham...sila tanya. Jangan segan. Ana bukan pandai sangat pon.

Lepas tu, jangan lupa...'insyAllah'. Penting tu! Tapi, jangan salah guna 'insyaAllah'. Sebenarnya, ia digunakan untuk satu kepastian dan jaminan, bukan untuk sesuatu yang samar.

Macam ni, anda dah janji nak pergi jumpa kawan. Memang jadi la. Bile time macam ni, bleh pakai 'insyaAllah'.

Tapi, bila anda macam malasa jer nak penuhi tuntutan tu, atau ade benda yang lagi penting untuk anda selesaikan pada ketika tu, elakkan menggunakan 'insyaAllah'. Ini sekadar contoh.

Jadi, sempena 1 Muharram 1431, ana mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH. Semoga hijrah kita tahun ini lebih bermanfaat, kepada diri dan orang lain, dan diberkati Allah. Juga, berusahalah untuk mendapatkan redha-Nya. Hayati HIJRAH.



Jadi, mulakan hari anda, bukan dengan secawan nescafe, tapi dengan niat. Niat kerana Allah.
Allahu'alam.

2 kritikan@pujian:

  1. Syed M. says:

    x smntap ustaz yun...hhaah...
    erm, insyaAllah 29/12 nih, pkul 1.40.
    meh r antar.ko terbang, nek akip.

Related Posts with Thumbnails