命あるかぎり戦え。たとえどんなに孤独でも。
Inochi arukagiri tatakae. Tatoe donnani kodoku demo.


Swift as wind, silent as forest, fierce as fire, firm as mountain.

118. SASER, Farewell.

Posted: Sunday, March 6, 2011 by Syed M. in Labels: , ,
5





Tak silap la… bulan Februari 2006 bersamaan Muharram 1427 Hijriyyah, aku terima satu sampul dari ayah kesayangan aku. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Menatang apekah ini? Bukak-bukak, surat tawaran. Ok lagi lah, sebab memang tak kisah dapat apa-apa time tu.

“Anda ditawarkan ke SEKOLAH MENENGAH SAINS SEREMBAN, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN”

Sekolah mane pulak nih? Tak pernah dengar pun. Memang time tu langsung tak tahu apekah sekolah itu. Sekali decide nak stay jer sekolah lama. Kawan-kawan ngan crush pun ada, kan? Tapi, mak dengan bapak sedare dah siap nangis-nangis dah, suruh pergi. Okla, pergi. Sane ade perempuan sekolah campur jugak kot..

Tapi, sangkaan meleset. Takde perempuan All-boys school. Tapi, demi ikutkan hasrat bonda tersayang yang nak kejayaan untuk anaknya yang degil sorang nih…follow jer la. 2 tahun mendirikan rumah tangga hidup di asrama, yang sebelum ni semua order and serve jer(mak buat la).

Ok la hidup. Time Form 4, memang la perit sikit. Taraf junior+jauh dengan family+hampir kena bunuh+striving untuk A…tapi agak berbaloi la. Baru boleh rase hidup berasmara berasrama macam mana.

Naik Form 5…ok, we rulez! Tapi, demi menjaga iman dan taqwa, takdela nak buat macam senior kitorang dulu2. Aktifkan diri dalam BADAR, kelas, blok…memang happening la I cakap U. Memang terasa la kekuatan brotherhood kitorang. Nak cakap ukhuwwah fi sabilillah…macam tak kena sebab masing-masing belajar Islam bukan untuk faham, tapi lebih kepada untuk tahu sebab SPM nak dapat no.1 Malaysia. Sampai ada sekali malam yang aku boleh panggil Malam Penghayatan Islam Krisis, clash between senior and junior. Tak payah cakap lebih-lebih, nanti kena charge under Akta Rahsia Rasmi =)

Tapi takde la sampai bunuh-bunuh, pukul-pukul. Batch kitorang dikire batch bersih la. Nak cakap kitorang gaduh, takkan nye aku dengan team drama aku menang competition for English week. Aku sorang jer Form 5 kot…lagi sepuluh orang Form 4. Sweet syiot!

Boleh ingat lagi dulu, time Cikgu Mustapha(yeke?) pasang lagu sekolah. Aku tergelak jer dengar melodi tu. Pelik gila la lagu. Macam….entah. Tapi, lama-lama, bangga dengan lagu tu jugak.

Moto sekolah.

Yang hambar punya dekat logo tu la. Berilmu, berbakti, beriman. Tapi, ada sekali senior kitorang kena buat ucapan(kitorang akan dipilih seorang dari setiap set English and BM untuk speech setiap minggu)…die cakap macam ni…

“Pepatah ada mengatakan, takkan Melayu hilang di dunia. Bagi kita, Takkan SASER hilang takhta!”

Sekali, tukar terus moto sekolah. Pergh. Dan kata-kata tu yang kami bawak sampai ke Batch yang kelapan. Memang tak terucap dengan kata-kata la time tu. Kami disatukan dengan ayat tu.

Tapi, sekarang semuanya tinggal kenangan. Isnin, 7 Mac 2011 merupakan hari terakhir lagu Putera Harapan dinyanyikan. Hari-hari seterusnya, Dataran Putera akan disuburkan dengan lagu lain.

Walaupun kami tiada di sana, kami terasa kami menyanyi bersama.

Dulu, orang dengki dengan kami. Masa depan, orang lain akan melupakan legasi kami. Yang kami bina dengan keringat, air mata dan air liur. Sedih tak terungkap, kerna kata-kata kami takkan tersingkap. Selamat tinggal Sains Seremban, selamat datang Sains Tunku Mukhriz. Sawadikap.


SASER, namamu teratas!

5 kritikan@pujian:

  1. dah jadi KTM ke sekarang ni..KTM dekat KTK..huhu

  1. boo boo, kecoh laa bebudak saser..
    LOL

    relax laa alif, aku sentiasa respect budak SASER dan KISAS =)

  1. Anonymous says:

    tukar name je, aku rase tak pyh la nk kecoh2 lebih kn. nie dh mcm riuh kt facebook, menyampah pon ada.

    nie la pemikiran org melayu. benda kecik je pon, tp nk heboh satu kampung. plis la, tayah dok sebok2 psl nie dh. naek bosan aku tgk kt fb asek2 pasal saser. sampai aku pon dh mcm nk anti saser nih.

    aku bkn ckp direct kt ko, tp kt bebudak yg buat grup anti pengetua tu. astaga.. mcm nie dorang kenang jasa cikgu dorang sendiri.. dalam Islam, guru harus dihormati, bukan dicaci maki atau dicerca. dan bukannya pengetua tu bom skolah ke ape ke, tukar name je pon.

    reputasi skolah bkn b'gantung kpd NAMA, tp kpd usaha pelajar, dan rasa HORMAT t'hadap pendidik, barulah ilmu akan berkat.

    sudah2 la dgn saser nie. org laen tak amek peduli pon. baek bimbangkn sedara2 Islam kt libya dengan negare2 arab2 laen yg ditindas pemimpin sendiri. pengetua saser tu tindas pelajar dia ke?

    sori weh, aku bukan apa. cuma harap bebudak saser akan lebih hormat dgn pengetua dorang. aku tak kenal pn sape pengetua tu, tp aku sedih tgk bebudak melayu yg islam nie smpai kuarkn kata2 keji kt org yg spatutnya kita hormat.

    aku tau dan harap ko bukan mcm tu. harap anda boleh nasihatkan rkn2 anda yg overreacted.

  1. Anonymous says:

    hello alip,
    nak komen sikit since kecoh pasal saser tuka nama skang.

    Aku mmg nak tegur certain yg tak puas hati gle sampai tak leh terima fact tukar nama saser, nak turun padang bantah tuka nama la, nak mogok lah,cdg tukar pengetua ah,tukar admin la etc

    aku setuju dengan anonymous atas ni,aku rasa,personally, nak rasa 'sedih' tu boleh, tapi bukanlah dgn menjadi extreme sedih yang melampau batas, sampaikan menuding jari kepada certain individu atasan atas penukaran nama saser.anda, cek balik 3:139.

    Kenapa mesti orang-orang atasan saser kene tuding jari? Jangan cepat assume satu benda tu salah dan berpunca drpd satu pihak tanpa selidik dulu at the very very beginning.

    Yang dipertua sendiri berkenan dgn saser,since saser top school in malaysia byk tahun berturut and korang mmg gempak no doubt.But still, tahu tak dlm byk2 sekolah dkt n9 yg teringin terima'status' drpd yang dipertua, tapi Yang dipertua pilih SASER? Korang patut lagi rasa bersyukur sbb Saser bukan calang-calang sekolah yang dipertua pilih. Kalau dah terima arahan drpd org atasan negeri, kena ikut la kan.Bukan keje sng gak, kene g jumpa semua luak dekat n9, jumpe pengarah, jumpe menteri,jumpe itu ini, jumpe yang dipertua etc.

    And saser tak rasmi lagi kan?Thats why ada perasmian saser+tukar nama and this is not an easy job.Byk kerja kena settle, sbb nak rasmikan skolah plg hebat kat malaysia. Pernah terfikir nak cakap terima kasih dekat orang-orang yang susah payah jaga sekolah?

    Dalam hidup ni, takkan nak berpijak pada tempat yang sama je..kene la move on, and bukan satu bende baru if legasi baru yang handle sekolah akan ada pembaharuan nak dibuat.
    Memang, students pun main peranan sgt kuat dlm menegakkan nama sekolah, tapi at the same time sekolah takkan tertegak without orang atasan, right?

    Well,mungkin korang nye spirit sekolah sangat kuat, tapi kalau fikir balik, kemana lah sgt spirit sekolah ni kalau bukan hanya utk kesenangan dunia sementara?

    Mungkin kau rasa kasar sikit dengan komen aku, tapi aku rasa kalau tukar nama saser pun,korang masih lagi lagenda saser yang sama, dan tukar nama saser takdanya buat korang tak boleh hidup kan? This is what others think about this matter.


    Aku bukan budak saser,personally bila tgk comment certain saserian yang over, yang kurang ajar, etc boleh create satu persepsi org luar yang mcm..."oh macam ni ke dorang snrnye?"

    Suka ke tgk maruah saser tercalar macam tu je disebabkan segelintir students tak hormat tenaga pengajar?

    tak kata semua, but CERTAIN.Bila tengok belakang balik, kalau kita tahu ape TUJUAN HIDUP kita, dgn penukaran nama sekola tak jadi satu masalah pun, instead Allah bg lagi advantage as 'alat' utk kite lebih maju.



    Jangan terus melatah.


    Allah tak jadikan sesuatu benda dgn sia-sia.Kalau ketua tak dihormati,rasa-rasa apa jadi lepas ni?


    -zer-

  1. yun: tu yang kita mau tu...haha

    syarif: boo boo...haha

    anon + zer: ehem...mak oii...panjenyo komen demo..tapo2, ambo tera balas.
    Nk cakap aku pro-anti orang tu orang ni...159% salah r beb. Dan 236% aku tak setuju langsung ngan tindakan diorang. Well, ade jer batch aku n senior tak berape berkenan dengan mende tu semua. And Saser Dendron pun trime dengan rela hati penukaran tu, malah ada yg bangga sebab YDP pilih sekolah kami.
    Btw, arigato gozaimas, makan coklat due amas untuk pndgn n nasihat yang korang ber2 kasik. Yup, aku setuju dengan korang...tapi at the same time aku tak upaya langsung nk ubah segelintir yang no neng no neng tu...tgk grup yg anti2 tu, tadenye semua...mostly bangkang jer...

    N klu korang nk tgk BUDAK SASER, tolonglah jgn tengok diorang. Tengok yang betul2 menjadi. Jgn tgk aku...aku memang konfom fail al-majnun r.

    N for the mean time, I an trying to convince some of my frens yg apa diorg wat tu salah. So...papepun, aku nak mintak maap la bg pihak diorang.

    Jangan sebab pisang buruk sebijik, satu pokok dibakar. ok? =)

    And as a part of SASERians, I am truly sorry for what happened as I feel that I am among whom did the wrong things...too.

    Salam ukhuwwah.

Related Posts with Thumbnails