117. Mabruk!
Posted: Friday, February 11, 2011 by Syed M. in Labels: pesanan untukku dan untukmu, zalim
0
Tepat pada Februari 11, 2011 Masihi, Jumaat bersamaan 7 Rabi' al-Awwal 1432 Hijri, jatuhnya seorang diktator kuku besi yang berkuasa lebih daripada 30 tahun setelah 18 hari digesa rakyat bumi Anbiya' di Dataran Tahrir.
Alhamdulillah.
Walhal, semalam bukan main degilnya mamat ini untuk turun dari takhtanya. Dipusing belit, diputar alam segala teks ucapannya sambil menegaskan bahawa dia tidak akan tunduk pada apa-apa tekanan yang memaksanya turun dari tampuk presiden Mesir. Diberitahu kepada rakyatnya dan sesiapa sahaja yang mendengar ucapannya secara online apa yang telah dia capai sebelum ini. Menyatakan perasaannya menjulang kain berjalur tiga ketika peperangan yang berlangsung dahulu.
Apapun perasaanmu, rakyatmu mahu kau turun! Dan hajat itu direalisasikan apabila Naib Presiden, Soleiman mengumumkan perletakan jawatan Hosni Mobarak.
Mabruk ya Misri!
Perjuangan rakyat Mesir bukan hanya dipikul oleh mereka-mereka yang berwarnanegara Mesir, tapi semua ummat manusia di dunia ini, kerana perjuangan mereka lebih kepada perjuangan membebaskan diri dari cengkaman kezaliman yang dilakukan oleh golongan pemimpin.
Well, the history repeats itself.
Kezaliman yang mencengkam rakyat, tak kira di mana saja, akan terus berulang, selagi kuasa diberi pada yang tak layak memegangnya.
Sama seperti Gilgamesh, yang menzalimi rakyatnya dengan merampas gadis-gadis di dalam kekuasaannya, seperti Ivan The Terrible yang membunuh anaknya sendiri, dan juga seperti Pol Pot yang melakukan mass massacre terhadap masyarakat Kemboja.
Selagi adanya manusia yang bersikap zalim, maka akan lahir ramai lagi Hosni Mobarak. Pertukaran pemimpin tidak akan mengubah apa-apa jika penggantinya tidak sedikit pun berlainan dengan apa yang digantinya.
“Dan demikianlah kami jadikan sebagian orang yang zalim sebagai pemimpin bagi sebagian yang lain disebabkan amal yang mereka lakukan” (TMQ Al An’am:129).
Jadi, macam mana nih?
Pemimpin yang zalim akan diangkat Allah dari komuniti yang zalim untuk memimpin mereka. Jika mahu bebas, komuniti itu sendiri perlu menjauhkan kezaliman dalam tiap-tiap anggota komuniti itu, dan insyaAllah, Allah akan mengangkat pemimpin yang adil lagi baik untuk komuniti itu. Tak beerti menjatuhkan pemimpin, kita tak perlukan pemimpin...kan?
P/S : Dengar cerita, yang menggantikan Hosni Mobarak, Omar Soleiman, ejen CIA. Betul ke?

“Jika rakyat ingin terbebas dari penguasa yang zalim maka hendaklah mereka meninggalkan kezaliman yang mereka lakukan”-Fakhruddin Ar Razi
Pemimpin yang zalim akan diangkat Allah dari komuniti yang zalim untuk memimpin mereka. Jika mahu bebas, komuniti itu sendiri perlu menjauhkan kezaliman dalam tiap-tiap anggota komuniti itu, dan insyaAllah, Allah akan mengangkat pemimpin yang adil lagi baik untuk komuniti itu. Tak beerti menjatuhkan pemimpin, kita tak perlukan pemimpin...kan?
“Tidaklah baik bagi suatu masyarakat jika tanpa pemimpin, baik dia adalah orang yang shalih ataupun orang yang zalim”.-Ali ibn Abi Tholib