0
Alhamdulillah, keputusan pilihanraya bagi negeri Sarawak telah pun selesai. Keputusan pun sudah diketahui, di mana Barisan Nasional memenangi 55 buah kerusi pada pilihanraya ini. Tahniah kepada mereka, walaupun hilang sejumlah kecil kerusi yang dipertandingkan berbanding pada 2006 dahulu. Tidak lupa juga, tahniah kepada pakatan pembangkang yang merampas 15 buah kerusi, dan 5 daripadanya adalah kesemua kerusi di Kuching. Mungkin orang-orang Kuching mahukan sesuatu 'kelainan'. Calon Bebas, Encik George Lagong juga menang bertanding di kerusi Palagus dalam saingan 3 lawan 3 bersama calon BN dan PKR.
Seperti biasa, kalah menang adat pertandingan. Yang kalah, jangan putus asa...mungkin ada yang lebih baik. Yang menang, jangan lupa diri. Pastikan segala janji yang ditabur dipenuhi dengan sepenuh hati, kerana yang memilih telah meletakkan tanggungjawab besar untuk dipikul, bukan sekadar mendapat gelaran YB atau kontrak-kontrak, tapi lebih kepada membawa kebaikan kepada rakyat.
Harap-harap, selepas ni, takde lagilah keluar di TV, pelajar sekolah bersusah payah hendak ke sekolah, cikgu terpaksa mengayuh perahu ke sekolah. Faktor geografi dan demografi bukan lagi alasan untuk satu-satu kawasan tidak perlu dimajukan, sedangkan masing-masing mempunyai hak yang sama rata sebagai rakyat.
Bak kata Syahril Kadir,
Bukan menafikan segala apa yang telah diberikan oleh kerajaan sedia ada, tapi lebih kepada mengingatkan. Bukan diorang baca pun ni, tapi peringatan jugak bagi kita sebagai Khalifah Allah di muka bumi. Yelah, masing-masing di antara pegang amanah yang boleh jadi penentu nasib kita nanti bila menunggu keputusan timbangan al-Mizan.
Amanah. Haish, ambe denga pon kecut perut doh sere (Aku dengar pun dah rasa takut.) Awak-awak macam mana?
Bukan nak memberikan gambaran negatif, tapi memikul tanggungjawab dan amanah ni sebenarnya sesuatu yang serius. Bukan seperti time sekolah dulu, jadi ketua kelas semua...itu boleh dikatakan memiliki tanggungjawab yang kecil, berbanding mengendalikan sebuah kawasan. Orang-orang tahu seseorang itu layak untuk memimpin mereka, sebab itu amanah diletakkan di atas bahu orang yang terpilih.
Dalam Islam sendiri, amanah ini benda terpenting.
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat."(TMQ an-Nisa' 4:58)
Dalam ayat ni, Allah memerintahkan setiap dari kita melaksanakan amanah yang diberi terhadap sesiapa sahaja, tak kira mazhab apa yang mereka ikut, dari mana mereka berasal dan apa jua agama yang mereka anuti.
Teringat dulu ustaz kat SASER cerita, dulu ada ustaz2 yang cakap mencuri tu haram, tapi mencuri di kedai-kedai yang bukan Islam dihalalkan. Pelik kan? Apa lagi, budak-budak yang nakal(bukan jahat ye) poei la curi kat kedai Ah Keong, Muthusamy dan lain-lain, disebab 'fatwa' yang dikeluarkan golongan ustaz tadi.
Kalau macam tu...dikira memecah amanah ke? Yup. Amanah yang Allah Maha Kuasa berikan pada kita.

"Ingatlah, ada yang terpaksa berjalan berhari-hari untuk membuang undi yang cuma sekeping kerta tak bernyawa itu,tapi kertas itu bagi mereka cukup penting kerana ia ‘penyambung suara’ kepada jerit perih yang terpaksa mereka lalui di bumi merdeka ini."
Bukan menafikan segala apa yang telah diberikan oleh kerajaan sedia ada, tapi lebih kepada mengingatkan. Bukan diorang baca pun ni, tapi peringatan jugak bagi kita sebagai Khalifah Allah di muka bumi. Yelah, masing-masing di antara pegang amanah yang boleh jadi penentu nasib kita nanti bila menunggu keputusan timbangan al-Mizan.
Amanah. Haish, ambe denga pon kecut perut doh sere (Aku dengar pun dah rasa takut.) Awak-awak macam mana?
Bukan nak memberikan gambaran negatif, tapi memikul tanggungjawab dan amanah ni sebenarnya sesuatu yang serius. Bukan seperti time sekolah dulu, jadi ketua kelas semua...itu boleh dikatakan memiliki tanggungjawab yang kecil, berbanding mengendalikan sebuah kawasan. Orang-orang tahu seseorang itu layak untuk memimpin mereka, sebab itu amanah diletakkan di atas bahu orang yang terpilih.
Dalam Islam sendiri, amanah ini benda terpenting.
"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat."(TMQ an-Nisa' 4:58)
Dalam ayat ni, Allah memerintahkan setiap dari kita melaksanakan amanah yang diberi terhadap sesiapa sahaja, tak kira mazhab apa yang mereka ikut, dari mana mereka berasal dan apa jua agama yang mereka anuti.
Teringat dulu ustaz kat SASER cerita, dulu ada ustaz2 yang cakap mencuri tu haram, tapi mencuri di kedai-kedai yang bukan Islam dihalalkan. Pelik kan? Apa lagi, budak-budak yang nakal(bukan jahat ye) poei la curi kat kedai Ah Keong, Muthusamy dan lain-lain, disebab 'fatwa' yang dikeluarkan golongan ustaz tadi.
Kalau macam tu...dikira memecah amanah ke? Yup. Amanah yang Allah Maha Kuasa berikan pada kita.
"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan Yang keji dan mungkar serta kezaliman. ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya." (TMQ an-Nahl 16:90)
Tak kira dia tu Buddhist, Hindu, Taoist, Christians, Jewish, Allah amanahkan kita untuk berlaku adil, berbuat baik dan jauhkan benda2 yang dia larang. Dah tu, curi Allah bagi ke bang ustaz? =)
Kan kita ade belajar dulu...hasbu minn Allah(hubungan dengan Allah) dan hasbu min an-Nas(hubungan dengan manusia)? Tak jaga dua-dua, binasa diri. Jaga satu je dari dua, hidup tak balance, huru-hara. Tak jadi jugak kalau sembahyang 20 minit, zikir sejam, tapi gaduh, ngumpat tersemat kat jiwa...kan? Kejar akhirat, tapi lupa dunia. Tak boleh...tak balance.
Jaga dua-dua, insyaAllah dunia dapat, akhirat dapat. Kejar akhirat, dunia ikut belakang. Baru betul.
Opps...kat diri sendiri pun ada amanah jugak. Benda-benda yang memudharatkan diri...contoh macam dadah ke...kalau dekatkan diri...tak amanah la dalam menjga diri. Nafsu syahwat semua tu...kena kawal.
Boleh kata, semua persekitaran kita ni, kita diberikan amanah untuk diselesaikan.
Cuba-cubalah untuk patuhi amanah tu, kalau tak....Allah dah janjikan azab untuk mereka-mereka yang lakukan penyelewengan dalam amanah yang diberi. Bukan nak takutkan...tapi itu lebih kepada something to push us back to right path.
Yang penting cuba. Semuanya bermula dengan percubaan. Allah kan takkan nilai kerja seseorang itu berdasarkan hasil terakhir kerja itu, tapi lebih kepada progress kerja itu sehingga ianya diselesaikan.
Bagi yang tak rasa dirinya sanggup dan mampu untuk melaksanakan amanah, eloklah berundur, dan berilah kepada yang lebih berhak.
Bagi yang melantik, bukan kerana faktor kedudukan seseorang calon yang memiliki "nama besar" sebagai alasan mereka layak dilantik, sebab alasan itu tersasar jauh dari konsep, bukan saja dalam Islam, tapi jugak dalam sistem masyarakat.
Sebab sesuatu amanah diberi kepada orang yang tidak layak, mengakibatkan sesuatu yang lebih buruk.
"Apabila disandarkan sesuatu urusan, bukan kepada ahlinya, maka tunggulah saat kehancuran" (HR al-Bukhari)
Amanah: Kunci Ka'abah
Time pembukaan Kota Mekah yang memang jadi salah satu kejayaan Islam, kunci pintu Ka'abah masih lagi dipegang oleh Uthman bin Thalhah, boleh kite panggil sebagai siak Ka'abah ketika itu. Dia ni tak pernah kenal Rasulullah, cuma kenal nama.
Bila diminta anak kunci untuk pintu Ka'abah, dia serahkan kepada Ali bin Abi Talib kwrj. Selesai Rasulullah masuk ke dalam bangunan Ka'abah, bersolat dua rakaat, dan tawaf, Baginda ingin memberikannya kepada bapa saudaranya, Abbas untuk menjaga kunci itu menggantikan Uthman. Ada riwayat lain yang mengatakan Ali sendiri meminta kepada Rasulullah untuk diberikan kunci dan tugas memberi minum.
Serta-merta, turun ayat Allah. Ayat an-Nisa 4:58 yang baru jer disebut tadi.
Maka, Rasulullah pun memberikan kunci itu kembali kepada Uthman bin Thalhah. Dalam al-Raheeq Makhtum, Rasulullah berkata kepada Uthman bin Thalhah,
"Ambillah kunci ini untuk selama-lamanya, ianya tidak akan dirampas kecuali daripada mereka yang zalim, sesungguhnya Allah telah meletakkan amanatnya ke atas kamu, dan makanlah segala sesuatu yang tersampai kepada kamu dari rumah Alla ini dengan ma'ruf"
Mendengar kata-kata Rasulullah, Uthman bin Thalhah pun mengucapkan kalimah syahadah menyaksikan kebenaran Allah sebagai Robb dan Muhammad sebagai perutusan-Nya. Dan tugas menjaga kunci itu diteruskan kepada keluarga Uthman bin Thalhah sehingga insya-Allah hari kiamat nanti.
Syeikh Abdulaziz al-Sheibi, the last know Ka'abah's key keeper was died at age 82, last year(7 Nov 2010). Let us recite al-Fatihah to him and pray for him as well. |
So...akhir kata sebab tak tau nak merepek ape dah, wat amanoh hok dapat tu sepenuh jiwe, jang meng ikut dang jer.(Laksanakan amanah yang diterima dengan sungguh2, bukan dengan sambil lewa)
Sekian. I'm Syed Alif. Signing off.
Sekian. I'm Syed Alif. Signing off.