Daisypath Anniversary tickers

命あるかぎり戦え。たとえどんなに孤独でも。
Inochi arukagiri tatakae. Tatoe donnani kodoku demo.


Swift as wind, silent as forest, fierce as fire, firm as mountain.

125. Menguji sabar.

Posted: Saturday, April 23, 2011 by Syed M. in
0

13: Now there was a day when his sons and daughters were eating and drinking wine in their eldest brother's house;
14: and there came a messenger to Job, and said, "The oxen were plowing and the asses feeding beside them;
15: and the Sabe'ans fell upon them and took them, and slew the servants with the edge of the sword; and I alone have escaped to tell you."
16: While he was yet speaking, there came another, and said, "The fire of God fell from heaven and burned up the sheep and the servants, and consumed them; and I alone have escaped to tell you."
17: While he was yet speaking, there came another, and said, "The Chalde'ans formed three companies, and made a raid upon the camels and took them, and slew the servants with the edge of the sword; and I alone have escaped to tell you."
18: While he was yet speaking, there came another, and said, "Your sons and daughters were eating and drinking wine in their eldest brother's house;
19: and behold, a great wind came across the wilderness, and struck the four corners of the house, and it fell upon the young people, and they are dead; and I alone have escaped to tell you."
20: Then Job arose, and rent his robe, and shaved his head, and fell upon the ground, and worshiped.
21: And he said, "Naked I came from my mother's womb, and naked shall I return; the LORD gave, and the LORD has taken away; blessed be the name of the LORD."
22: In all this Job did not sin or charge God with wrong. 
(Job 1:13-22)


Di atas ni adalah petikan dari one of the books of Hebrew Bible, Book of Job

"Pastu, kenapa la pulak nak paparkan mende ni pulak? Nak jadi Yahudi ke?"

Eh tak, sebab ni adalah a part of my assignment, a few weeks ago. 

"Alah, poyo pulak nak sebut-sebut assignment pulak dah..."

Poyo ke tak, yang penting...assignment ni mengingatkan aku tentang sesuatu yang mungkin ada antara kita yang dah lupa, termasuk lah aku.

"Naked I came from my mother's womb, and naked shall I return; the LORD gave, and the LORD has taken away; blessed be the name of the LORD."(Job 1:21)

Itulah reaksi Job selepas diceritakan oleh hamba-hambanya tentang pelbagai musibah yang menimpa dirinya. 
Sabar.

Bila sebut tentang sabar ni, hampir setiap hari...ataupun setiap kali kita dengar sesuatu masalah, ada yang menyebut: "Sabar ye..semua tu dugaan dari Allah". Biasalah tu kan.
Bukan nak jadi skeptikal, tapi realitinya...umat sekarang lebih senang cakap sabar dan susah untuk mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.

Apa sabar ni sebenarnya? Menurut Hafiz Firdaus,
bahasa: menahan
istilah: kekuatan jiwa untuk menahan diri dari berakhlak buruk apabila munculnya sesuatu.
*dah macam jawab exam PAI la pulak ada bahasa istilah ni*

Jom kita tengok balik sejarah salah seorang dari para anbiya'. Yang paling terkenal dengan sifat sabar adalah Nabi Ayyub a.s. Teringat time dekat Fardhu Ain dulu, belajar tentang Baginda. 

Nak tau betapa tingginya darjat Nabi Ayyub ni, sejarawan ada mengatakan banyak musibah yang berlaku ke atas Nabi Ayyub a.s. Anak-anaknya meninggal, hartanya habis musnah, ditambah dengan penyakit kulit dan ditinggalkan isterinya.

Tapi, Nabi Ayyub as tetap sabar dan lidahnya tetap teguh berzikir kepada Allah. Tak pernah pula dia merungut, apatah lagi menyoal kekuasaan Allah dan menyekutukan-Nya. Sebab dia sedar siapa dirinya. Hanya seorang hamba Allah, bukannya penguasa alam walaupun dia seorang Nabi. 

Thaif hari ini
Para Anbiya' lain pernah ditimpa musibah. Junjungan mulia Muhammad saw, dilempar batu dan najis ketika menyampaikan kebenaran di Thaif, sehinggakan malaikat menawarkan pertolongannya untuk menimpakan bukit ke atas penduduk Thaif. Tapi Rasulullah menolak tawaran itu dan teguhkan sabarnya. Nabi saw cakap,










"Jangan… jangan! Bahkan aku berharap Allah akan mengeluarkan dari tulang sulbi mereka keturunan yang akan menyembah Allah semata, tidak disekutukanNya dengan apa pun… !"


Tahu tak apa jadi lepas tu? Keturunan penduduk Thaif menjadi pelindung agama Allah ketika ramai yang lain mula menjadi golongan yang diperangi ketika Khalifah Abu Bakar mengisytiharkan perang ke atas golongan murtad dan tidak membayar zakat.

"Tapi, diorang tu Nabi, maksum...tak pelah..."

Well, jom tenangkan hati...slow-slow ok.
Kita tengok persekitaran kita.

Macam yang aku cakap tadi, ramai yang senang mengucapkan sabar, tapi susan nak praktikkan. Ingat ni. 

Paling senang nak tengok, ibu bapa kita.

Dari saat pernikahan mereka, mesti ada banyak masalah, musibah seme yang timbul. Suka, duka...tapi mereka tetap dapat tempuh semua tu. Mesti adanya elemen sabar, kan? Cube le tanye diorang. Kot-kot diorang nak bagitau ke, kan?

Pastu, time ibu mengandungkan kita...ke hulu, ke hilir dengan perut membesar selama 9 bulan...ibu kita tetap bertahan. Lagi sekali adanya elemen sabar, kan? Kalau tak...dah takdenye kita ni. Takdenye korang nak membaca ni kan?

Kita pun dah besar. Dalam proses kematangan kita ni, ibu bapa yang mencari rezeki dan didik kita ni dari kecik. Tu bukan kerja senang. Tu semua perlukan sabar.

Kalu dulu, ade fenomena DIGIMON. Sape yang pernah main, mesti ingatlah. Digimon tu kene jage elok-elok, makan berak sakit kena jage. Dah macam jadi bapak pun ada. Ade sampai berjage malam, nak tengok ada taik ke tak. Bahaye taik tu, boleh menyebabkan Digimon sakit. Digimon ni pulak karenah macam orang. Makan, tido, semua...kita kena jaga. Tak jaga, mati. Ada tak elemen sabar kat situ?

Well, nampak tak? Dari sikit jer contoh yang kita boleh tengok dari ibu bapa kita, kita kene faham yang hidup ni penuh dengan sabar. Tak kisah la kat mane kita sekarang, dalam bilik ke, kat surau ke, kat belakang tandas ke...element sabar tu tak akan lari dari kita.

Tapi, memang benar, naluri manusia untuk merungut tentang sesuatu yang tidak kena pada citarasanya. Ada yang "menghiasi"  rungutan mereka dengan "kata-kata indah".

Tapi, aku rasalah kan...PATUTKAH KITA MERUNGUT? Siapa kita ni?

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.  (TMQ ali-Imran 3:110)



Allah dah pilih kita untuk jadi ummat yang terbaik yang diciptakan-Nya. Takkan nak merungut lagi kot...kan? Tapi...kenapa Allah still nak kasik ujian, padahal kita kan ummat yang terbaik?

Dalam perbincangan Book of Job haritu, TA(Teaching Assistant) aku ada summarize,
1. Doing good, get reward.
2. Doing bad, get punish
END: Job doing good...why he got punished?

Kadang-kadang, bukan aku jer, ramai yang pikir...
Kita dah buat baik...kenapa still dapat ujian yang benda kita tanak jadi kat kita? Kenapa...KENAPE???!!!


Senang jer Allah jawab:

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"
(TMQ al-Ankabut 29:2)

Setiap apa yang Allah buat bersebab. Dalam ayat ni pun Allah tunjuk, kenapa perlunya ujian kat kita.

In brief...ALLAH SAYANG KITA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Seorang murid ni dapar ujian bertulis dari cikgu dia dalam subjek yang dia telah belajar. 
Kalau jawapan yang murid tu kasik kene dengan expectation cikgu, lulus lah budak tu.
Kalau tak, fail r. Tapi, cikgu tu akan berikana latihan tambahan supaya murid tu akan dapat lulus dan cikgu tu tadi akan bagi jugak ujian...dengan soalan yang mungkin sama, tapi ada sedikit berbeza.

Itulah secara mudah nak fikir tentang ujian Allah kepada kita. Allah adalah cikgu. Kita adalah murid.

Allah akan terus bagi ujian kepada kita, ujian yang sama. Sampai bile? Sampai la kite ni betul-betul layak untuk dapat pingat emas darjat yang akan diperoleh sebagai seorang Muslim.


Seorang guru tak akan tinggalkan anak muridnya terkapai-kapai, tapi tetap bersedia untuk memberikan peluang agar anak muridnya lulus, dan takkan biarkan anak muridnya tertinggal sapok jauh di belakang.

Tengok, besarnya kasih sayang Allah kat kita. Cinta Dia pada kita berkali-kali-kali ganda lagi besar dari cinta ibu bapa kepada kita, atau cinta kita kepada awek keluarga kita.
Bagi yang dah lulus, diberi pula ujian yang lain pulak. Ala, macam dah lulus Calculus I, amek la Calculus II pulak, ujian nye soalan tak same kan...


Dan... dengan izin Allah, kitaran ujian tak akan pernah putus, selari dengan perjalanan hidup, tanpa kita sedar pun, kita sendiri telah berevolusi.



"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir"." (TMQ al-Baqarah 2:286)

Allah yang cipta kita. Semestinya Allah tahu apa yang kurang dan lebih pada kita. Ujian itu pun berpada-pada mengikut daya makhluk-Nya.


Tapi, takkan nak sabar jer kan. 
Akhir kata: Next step, USAHA, dihiasi dengan TAWAKAL.


SABAR+USAHA+TAWAKAL=redho Allah


InsyaAllah, formula ni sepatutnya kita boleh follow setiap hari.
Sabar sebagai pelindung. Usaha sebagai jaminan. Tawakal? Bukti dependency kita kepada Allah. Kurang satu dari formula ni, tak lengkap.


"Wahai orang-orang yang beriman! BerSABARlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan berSEDIAlah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta berTAQWAlah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."(TMQ ali-Imran 3:200)

0 kritikan@pujian:

Related Posts with Thumbnails