Tak silap la… bulan Februari 2006 bersamaan Muharram 1427 Hijriyyah, aku terima satu sampul dari ayah kesayangan aku. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Menatang apekah ini? Bukak-bukak, surat tawaran. Ok lagi lah, sebab memang tak kisah dapat apa-apa time tu.
“Anda ditawarkan ke SEKOLAH MENENGAH SAINS SEREMBAN, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN”
Sekolah mane pulak nih? Tak pernah dengar pun. Memang time tu langsung tak tahu apekah sekolah itu. Sekali decide nak stay jer sekolah lama. Kawan-kawan ngan crush pun ada, kan? Tapi, mak dengan bapak sedare dah siap nangis-nangis dah, suruh pergi. Okla, pergi. Sane ade perempuan sekolah campur jugak kot..
Tapi, sangkaan meleset. Takde perempuan All-boys school. Tapi, demi ikutkan hasrat bonda tersayang yang nak kejayaan untuk anaknya yang degil sorang nih…follow jer la. 2 tahun mendirikan rumah tangga hidup di asrama, yang sebelum ni semua order and serve jer(mak buat la).
Naik Form 5…ok, we rulez! Tapi, demi menjaga iman dan taqwa, takdela nak buat macam senior kitorang dulu2. Aktifkan diri dalam BADAR, kelas, blok…memang happening la I cakap U. Memang terasa la kekuatan brotherhood kitorang. Nak cakap ukhuwwah fi sabilillah…macam tak kena sebab masing-masing belajar Islam bukan untuk faham, tapi lebih kepada untuk tahu sebab SPM nak dapat no.1 Malaysia. Sampai ada sekali malam yang aku boleh panggil Malam Penghayatan Islam Krisis, clash between senior and junior. Tak payah cakap lebih-lebih, nanti kena charge under Akta Rahsia Rasmi =)
Tapi takde la sampai bunuh-bunuh, pukul-pukul. Batch kitorang dikire batch bersih la. Nak cakap kitorang gaduh, takkan nye aku dengan team drama aku menang competition for English week. Aku sorang jer Form 5 kot…lagi sepuluh orang Form 4. Sweet syiot!
Boleh ingat lagi dulu, time Cikgu Mustapha(yeke?) pasang lagu sekolah. Aku tergelak jer dengar melodi tu. Pelik gila la lagu. Macam….entah. Tapi, lama-lama, bangga dengan lagu tu jugak.
Moto sekolah.
Yang hambar punya dekat logo tu la. Berilmu, berbakti, beriman. Tapi, ada sekali senior kitorang kena buat ucapan(kitorang akan dipilih seorang dari setiap set English and BM untuk speech setiap minggu)…die cakap macam ni…“Pepatah ada mengatakan, takkan Melayu hilang di dunia. Bagi kita, Takkan SASER hilang takhta!”
Sekali, tukar terus moto sekolah. Pergh. Dan kata-kata tu yang kami bawak sampai ke Batch yang kelapan. Memang tak terucap dengan kata-kata la time tu. Kami disatukan dengan ayat tu.
Tapi, sekarang semuanya tinggal kenangan. Isnin, 7 Mac 2011 merupakan hari terakhir lagu Putera Harapan dinyanyikan. Hari-hari seterusnya, Dataran Putera akan disuburkan dengan lagu lain.
Walaupun kami tiada di sana, kami terasa kami menyanyi bersama.
Dulu, orang dengki dengan kami. Masa depan, orang lain akan melupakan legasi kami. Yang kami bina dengan keringat, air mata dan air liur. Sedih tak terungkap, kerna kata-kata kami takkan tersingkap. Selamat tinggal Sains Seremban, selamat datang Sains Tunku Mukhriz. Sawadikap.
SASER, namamu teratas!
dah jadi KTM ke sekarang ni..KTM dekat KTK..huhu