ACT 93: I'm Here... Because I Care
Posted: Sunday, June 20, 2010 by Syed M. inWe should be inspired by people... who show that human beings can be kind, brave, generous, beautiful, strong-even in the most difficult circumstances.- Rachel Corrie
命あるかぎり戦え。たとえどんなに孤独でも。
Inochi arukagiri tatakae. Tatoe donnani kodoku demo.
Swift as wind, silent as forest, fierce as fire, firm as mountain.
We should be inspired by people... who show that human beings can be kind, brave, generous, beautiful, strong-even in the most difficult circumstances.- Rachel Corrie
Bulan-bulan dirasakan detik,
terlalu pantas bagiku.
Walau hanya sementara,
namun memori indah tetap di minda,
kenangan pahit diingat, untuk pedoman dalam hayat.
Kau pergi, tinggalkan kami
Tanpa kau sedari, titis air mengalir di pipi.
Hati juga terasa sayu, tapi berlindung di balik senyum.
Inginku ucap kata-kata,
Tapi berat untuk bibir berbicara.
Madah terkunci, di balik suka.
Pilu tersimpan, di balik ketawa.
Terima kasih untuk segalanya.
Dari awal kami, hingga langkah akhirmu di sini.
Takkan kami lupakan keringatmu,
Akan kami genggam nasihatmu,
Tidak kami abaikan pesananmu,
Jauh untuk kami lupakan gelak tawamu.
Maafkan kami untuk segalanya.
Mungkin tidak berpaling, mungkin tidak bersua.
Khilaf kami dalam kata, laku kami dalam cara,
Ngomel kami dalam manja…
Ampunkan kami, salah silap dosa
Wahai srikandi yang kami cinta.
Doakan kami dalam segalanya.
Sedari bermula nafas hingga ke liang berlumpur.
Doakan kami agar bersedia untuk bertempur,
Segala cabaran dan duri yang perlu digempur.
Kamu insyaAllah tidak akan hilang dari doa,
Agar berjaya hingga puncak jaya.
Selamat tinggal wahai srikandi,
Tapak demi langkah kamu pergi,
Tapi kan kami jaga pesanan dan memori,
Sehingga kita bertemu lagi,
Jika tidak di dunia, insyaAllah di negeri yang abadi.
Assalamualaikum. Apa khabar iman? Bagaimana prestasi? Naik atau turun?
Ana punya dah banyak turun... saham jatuh. Astaghfirullah. Doa-doakan ana, ok? Sama-sama kita doakan agar iman meningkat lebih pantas dari perjalanan waktu. Amin.
31 Mei 2010. Tarikh apa ini?
Ayo,
Lupakan seketika FIFA World Cup 2010.
Lupakan seketika keserabutan urusan politik Malaysia.
Lupakan seketika riang ria dan luka duka Mid West Games-i 2010.
Lupakan sekejap, apa yang tidak perlu bersangkut-paut dengan kita sekarang.
Sekejap. Renung kembali, apa yang jadi.
Bagi yang mengikuti perkembangan flotila terbabit melalui website IHH, twitter, Facebook, dan lain2 saluran(al-Jazeera, VivaPalestina etc.), mereka tahu apa yang berlaku.
Itulah antara perasaan mereka yang mengikuti perjalanan flotila yang bergerak dari Turki. Sebahagian besar meluahkan perasaan di Facebook, twitter dan lain2 saluran.
Namun, tak kurang yang kurang mengambil berat tentang isu ini. Bukan silap mereka, mungkin.
Selama mana ia bertahan?
Selepas kejadian itu (atau Black Monday bagi sesetengah media), pelbagai tindakan dirancang dan dilaksanakan. Protes, demonstrasi, bantahan, cemuhan, dan kritikan di seluruh pelusuk dunia. Tidak terkecuali, Rumah Putih turut menyatakan kekesalan di atas tindakan 'adik' nya itu.
Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan menggambarkan serangan itu sebagai 'keganasan tidak berperikemanusiaan oleh sebuah kerajaan'.-AFP
Di Malaysia?
Protes dan penyerahan surat bantahan dilakukan di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak dan juga di Melaka.
Buffalo? Juga ada.
1 Jun 2010, demonstrasi kecemasan (Emergency Demonstration) di hadapan pejabat Senator Schumer di 130 Elmwood Ave. Buffalo, NY. Cuma, ana tidaklah sampai hendak menyertai demonstrasi itu.
Ana hanya perhati. Baca dan perhati. Lihat dan perhati, terus mendalami. Mengumpal semua simpanan memori tentang apa yang berlaku kini. Lama sedikit, ana terus terfikir. Dan hati tergumam...
"Tak ubah seperti hari itu."
27 Disember 2008 hingga 18 Januari 2009.
Suatu jangka masa yang ramai mungkin lupa. Satu tempoh berdarah bagi mereka yang merasai lukanya.
Operation Cast Lead, itu yang dipanggil Israel.
Tapi, bagi umat Arab dan umat Islam, itu dipanggil Gaza Massacre.
Bagi Israel, itu operasi untuk melenyapkan Hamas, sebelum 2009 menjelang. Ada yang kata, operasi itu adalah untuk melenyapkan Hamas dan memberikan tampuk pemerintahan kepada kepimpinan Mahmoud Abbas, seterusnya menyenangkan kerja-kerja yang bakal dipikul Barack Obama.
Bagi umat Islam, itu perang melawan Islam. Bagi aktivis keamanan, itu pembunuhan innocent civilians yang terburuk ketika ini.
Ketika itu, perkara yang sama berlaku seperti hari ini.
Demonstrasi, sorakan semangat, bantahan, cemuhan. Perkara yang sama, Cuma berbeza tajuknya sahaja.
Tapi, beberapa minggu dan bulan selepas itu, dunia terus senyap. Umat Islam rata-ratanya senyap, kembali menjadi orang yang mereka jadi sebelum ini.
Anda tentukan siapa anda!
Bila fikir kembali, adakah kita ini ROBOT?
Dipasang pada punca kuasa, bergerak dan membuat bising. Bila punca kuasa habis, tidak bergerak.
Atau, adakah kita ini raksasa yang lapar?
Bila lapar, mengaum. Diberi makan, senyap. Terus tidur.
Sedar wahai ummat, anda telah dipermain-mainkan. Mereka sedang bergelak ketawa menonton telatah kita sekarang ini!
Ana mahu tanyakan soalan. Bila anda rasa suasana protes ini akan habis?
"Takkan habis! Sebab kita perlu berjuang menentang Israel lahanat!"
"Selagi kita berjuang, selagi itu kita protes!"
Sedarlah wahai ummat, suasana ini akan habis bila 11 Jun 2010 menjelang. Atau mungkin labih awal.
Kenapa? Anda lebih bijak. Cari sendiri.
"Kalau macam tu, apa yang perlu kita buat?"
Dulu, seorang ahli Parlimen Gaza (HAMAS) datang ke Malaysia, sebagai tanda mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan umat Islam Malaysia kepada perjuangan ummat Islam di Palestin ketika Operation Cast Lead masih berterusan. Ana tidaklah menyatakan secara terperinci apa yang beliau katakan. Tapi lebih kurang seperti ini (ini ayat ana, tapi ditulis berdasarkan apa yang beliau cakapkan)
"Terima kasih di atas sokongan anda. Sejujurnya, perjuangan kami menentang Zionis di Palestin tidak memerlukan bantuan kalian. Kerana kami mampu melakukannya, dengan izin Allah. Kami percaya Palestin akan dibebaskan dengan darah kami dan usaha kalian."
"Diorang tak perlukan kita. So, biarlah mereka. Doa jer la."
Naqib ana kata, memang mereka tak perlukan kita. Tapi, dalam konteks cara.
Mereka tak perlukan kita untuk mengangkat senjata menentang Zionis.
Mereka meminta kita untuk buat kerja kita. Mereka buat kerja mereka.
Apa kerja kita?
DAKWAH DAN TARBIYYAH.
Itulah yang kita perlu lakukan sekarang. Membina diri untuk Islam berlandaskan ISLAM, dan pada waktu yang sama membina orang-orang di sekeliling untuk Islam berlandaskan JALAN HIDUP YANG SEBENAR.
Jangan hanya di bibir "Hidup matiku untuk Allah." Tapi tak jalankan kerja kita. Jangan hanya terjerit-jerit "Jihad fi sabilillah!". Tapi lupa dengan murotib amal, atau buat-buat lupa.
Itulah kerja kita. Bina diri dan bina orang. Membentuk jiwa-jiwa Muslim yang bakal menggegar dunia. Bukan membina Muslim yang lincah mengendalikan raifal dan tangkas berlawan, tapi jiwanya kosong tidak diisi dengan nilai-nilai Islam. Kerana itulah lahirnya mereka-mereka yang membawa fitnah kepada Islam. Na'uzubillah.
Penutup: Seterusnya? Terpulang.
Sekarang, ana mahu tanya: Adakah suasana protes ini akan berterusan, jika anda sudi untuk melalui jalan dakwah dan tarbiyyah?
"Tak pastilah. Tengok la dulu macam mana."
"InsyaAllah la... lagipun semester depan sibuk."
Jalan anda, anda yang tentukan. Orang-orang yang arif tentang dakwah dan tarbiyyah hanya mampu membimbing, kerana anda sahaja yang mampu tentukan hala tuju hidup anda.
"Susah tak? Takut berat nak bawak jer."
Jika tanggapan pertama tentang sesuatu itu negatif, maka keseluruhan progress akan menjadi negatif. Nak buat? Contoh: Ajak solat sekali, baca al-Quran sekali... benda-benda yang asas. Lama-kelamaan, ditambah dengan doa... terbuka hati setiap insan. InsyaAllah.
Ana berkongsi hal ini, bukan bermaksud ana dah buat. Ana hanya buat apa yang termampu setakat ini. Masih banyak flaws yang perlu dibaiki: akhlak, ibadat, etc. Doa2kan agar sama-sama kita mampu berubah ke arah yang lebih baik.
Jadi, fikirkanlah. InsyaAllah... Allah buka jalan-Nya untuk kita.
P/s: Iri hati dengan mereka-mereka yang di atas flotila. Semoga Allah mudahkan perjalanan mereka. Palestina Libre!