Daisypath Anniversary tickers

命あるかぎり戦え。たとえどんなに孤独でも。
Inochi arukagiri tatakae. Tatoe donnani kodoku demo.


Swift as wind, silent as forest, fierce as fire, firm as mountain.

100. Terima Kasih untuk 20

Posted: Sunday, September 5, 2010 by Syed M. in Labels:
3



Terima kasih skeletal system, kerna membuatkan ku bisa bergerak selama 20tahun ini. Membawaku dari satu tempat ke satu tempat dengan mudah, tanpa payah. Walaupun kekadang kamu menyusahkan aku, tapi aku sedar aku tak boleh hidup tanpa kamu. Dari phalanges hingga ke cranium, kamu menyokong aku dan mereka yang lain. Terima kasih.


Terima kasih endocrine system, kamu menjadikan aku lebih sihat. Kamu berusaha membuang dan menyingkirkan segala apa sisa-sisa merbahaya dan apa sahaja yang tidak diperlukan aku. Ketujuh-tujuh panglimamu melakukan kerja yang terbaik selama 20 tahun ini, walaupun adanya sedikit kesilapan dalam pengurusan. Terima kasih.


Terima kasih digestive system, kamulah antara yang banyak membantuku. Melakukan tugasmu tanpa adu, songeh dan sebagainya. Mencerna apa sahaja yang aku makan selama 20 tahun ini, walau kamu tidak menyukainya. Maafkan aku, ya? Terima kasih.


Terima kasih nervous system. Waa, aku suka 20 tahun hidup kita bersama. Membantuku mengesan sebarang anasir, dan menjelaskan segalanya. Menolongku mengingati semua formula dan memori, dan menghadapi susah payah kita bersama. Walaupun peroneal nerve kadang-kala menyakitkan aku, walau radial nerve jejarang menyusahkan pergerakan aku…aku tak kisah. Yang penting, kamu sudi bersama ku. Terima kasih.


Terima kasih circulatory system, kerna mengalirkan homoglobinous cells, red blood cells, white blood cells, serta sel-sel yang lain mengelilingi tubuhku untuk 20 tahun yang bermakna ini. Alhamdulillah, terima kasih juga kepada defensive system, kamu dan rakan-rakan sistem yang lain tak dijangkiti virus-virus jahat. Ingat lung? Dia antara yang paling banyak membantu, kamu tahu? Kamu tahu kenapa. Terima kasih.


Terima kasih, respiratory system. Aku mampu menghirup bayu di dunia ini selama 20 tahun. Tanpamu, aku mungkin menjadi biru kekeringan tanpa udara. Waa, aku terharu dengan usaha kerasmu, memastikan aku sentiasa bernyawa. InsyaAllah, bila kamu tamat tugasmu…kita bersama kembali di syurga.


Terima kasih juga, kepada sistem-sistem yang lain. Sampaikan salamku pada mereka.


*********************


Terima kasih, rakan-rakan yang aku kenali sepanjang 20 tahun ini. Kamu mengelilingi duniaku. Walaupun kamu ada juga gaduh tengkar dengan ku, aku tahu... kita kan sentiasa bersama. Maafkan aku jika tersilap bahasa, terkasar kata denganmu kawan. Kamulah yang membuatku gembira, menangis, suka, sedih. Terima kasih.


Rakan-rakan di UB.




|nawi|bobi|azizi|amir|kakfana|kakhanah|kakju|kakazi|hazirah|wani|dayah|kakfana|ashi|

yatt|alia|intan|shima|izah|mira|syafiq|abgali|awwab|



*tanpa korang, aku takleh survive kat UB. Terima kasih buat aku ketawa, cemburu, menangis dan segalanya*


Rakan-rakan di Eugene Spring '09


|wak|yameen|syahmi|ali|ika|sha|bubu|shuque|nani|syaza|lina|tun|qiqi|seha|diyanna|



Rakan-rakan di 301


|Ehsan|adam|daus|aje|hairi|nabil|zamy|popi|


Rakan-rakan Gamma 0607


|fattah|akram|lou|za'ba|naim|daus|syahir|ikram|kuteng|shahrizal|irham|afif|shaqif|fadzrel|

|zeri|aiman|aizad|kecik|gidit|shakery|


Rakan-rakan Al-Amin 0305

|malek|qilah|afif|shuhada|safwan|akmal|amir|hana|faiz|khursyiah|khairi|farizah|hakim|

|yuyu|uzair|fatin|muhaimin|liyana|zuket|ain|jeli|sarah|kimin|dila|basyar|azimah|nami|

|farihan|zaharul|ashraf|izzul|wani|akhir|amiza|hisyam|hazieqqah|fakhrusyi|nasim|fazlee|


Terima kasih Ummi. 9 bulan lebih kau mengandungkan aku, 20 tahun kau menyokong aku. Malu untuk aku katakan terima kasih. Tak pernah aku ucapkan selama 20 tahun ini. Kerna egoku. Harap kau faham Ummi. Walau aku melawan, kamu tetap bersabar. Walau aku menangis dalam hati, kamu tetap tahu. Walau aku ada masalah, kamu dapat mengesannya. Kenapa Ummi? Tinggalkan aku, jika kamu mahu...kerna aku tidak mahu menyusahkan kamu lagi. Terima kasih Ummi.


Terima kasih Ba. 20 tahun ini amat bermakna buatku. Kau juga seperti Ummi, memahami betapa lemahnya anakmu ini. Mengorbankan segalanya untukku: kudrat, harta, hatta keperluanmu sendiri. Terima kasih ba, walaupun aku tak pernah ucapkan walau sekali sepanjang 20 tahun ini. Terima kasih.




Terima kasih Elmi. Kamu selalu denganku. Walau kau tak dengar kataku, kau selalu kepadaku. Walau gaduh kita panjang, tak pernah lama. Terima kasih Hawwari, kerna sudi memanggilku "Abe" untuk 9 tahun ini.. Terima kasih Fatin, kerna membuatku ceria walau hanya di corong telefon.




Terima kasih keluargaku. Kamu paling banyak membantuku. Sokongan dan pertolonganmu amat aku hargai. Terima kasih.


Terima kasih murobbi-murobbiku dan rakan-rakan seperjuangan. Abg Din, Abg Hapizan, Firdaus, Najmi, Azlan, Haq, Naufal, 'Akif, Syarif, Megat, Mon, Zainal, Yasir, Wahid dan semua. Kerana kamu, aku kenal apa itu Islam. Kerna kamu, aku faham apa itu Iman. Kerana kamu, aku hayati nilai Ukhuwwah. Syukran jazilan.




Terima kasih, Toei. Kerana kamu, aku minat Kamen Rider dan Super Sentai Series. Ada juga sebab yang kecil untuk aku minat sesuatu. Henshin! Tatakae! Arigatou gozaimasu.


Terima kasih MARA, kerana sudi membiayai pelajaranku di sini. Terima kasih.


Thank you Magna, for choosing me as your host. Thank you.


*********************


Terima kasih Muhammad. Kerna kamu, tak dapat aku menjadi sebahagian dari ummatmu. Terika kasih untuk kasih sayangmu. Terima kasih kerna ajaranmu. Terima kasih untuk segalanya. Terlalu banyak wahai Muhammad. Walau aku tiada saat kau ada, aku amat merinduimu. InsyaAllah, akan ku turuti semua sunnahmu. Terima kasih.


Dan akhir sekali...


Terima kasih Allah, kerana membuatkan semuanya terjadi. Kerna Kun Fayakun-Mu. Segala puji dan ucapan terima kasih untuk-Mu, Robbi. Berkatilah aku dan mereka di sekelilingku. Amin.


3 kritikan@pujian:

  1. wah, post yg ke-100 pasal birthday!
    sanah helwah lip..
    semoga sihat selalu ;))

  1. tacing2 lak.......gocoh muko baru tau.

  1. Syed M. says:

    [syarif] tq. syukran!

    [bobi] meh slalu.haha

Related Posts with Thumbnails