Daisypath Anniversary tickers

命あるかぎり戦え。たとえどんなに孤独でも。
Inochi arukagiri tatakae. Tatoe donnani kodoku demo.


Swift as wind, silent as forest, fierce as fire, firm as mountain.

119. Sayang

Posted: Tuesday, March 8, 2011 by Syed M. in Labels: , , , , , ,
2

To be honest, my tears almost drooling on my cheeks when I am listening to this song. All the memories just like mingling around my head for the almost 2 minutes. Well, you know...struggling more than enough to make sure everything is on top. Yet, the legacy is still continued...with a new name. Enough is enough...just thinking forward. Smile.


Have seen this video? Watch it...and it will make you ponder on what have you done for your lifetime.

Kalau diikutkan logika akal, sayang tu sesuatu yang subjektif. Ditanya 10 orang apa itu sayang, 1001 jawapan akan keluar. Ditanya bagaimana cara menunjukkan kasih sayang tu, beribu-ribu lemon cara, kaedah, instruction, method akan keluar dari bibir.

Cuba ditanya, "Sayang Rasulullah?"
Jika ditanya 10 orang Muslim, insyaAllah 9 akan menjawab YA. 

Dari 9 itu, mungkin 5 yang tahu siapa Rasulullah dengan lebih terperinci.
Daripada 5, mungkin 2,3 orang jer yang betul-betul ikut apa yang Rasulullah buat.

Aku tanak la nak buat bedah filem ke ape, tapi lebih kepada untuk aku ponder the real message that this short film wants me to think about.

Kebersihan.

Nak cakap aku ni pembersih, 80% kenyataan tu salah. Tapi, tu tak bermakna aku tak bersihkan tandas ke ape, just sikap permbersih yang total...macam sapu-menyapu ke, yang tu aku lambat la sikit, kecuali ade manusia luar yang nak datang rumah. Nak cakap aku tak pernah diajar menyapu tu 150% tipula... mak aku siap ajar mop lantai lagi kot. Tapi, yelah kan...perasaan malas tu tetap menghantui diri ini. Lawan, lawan gak...tengok atas situasi.

"... الطهور شطر الإیمان"
"Kebersihan itu separuh daripada iman..." 
(Rwyt Imam Muslim)

Tengok diri kita ni. Cukup tak? Malas la nak cakap pasal istinjak semua, sebab tu dah diajar dari kecik lagi. Kebersihan fizikal tu cukup-cukup penting, lebih-lebih lagi untuk mereka yang bergelar dai'e. Aku tak layak lagi la, tapi sekadar berpesan. Yela, aku pun banyak salah gak pasal bab-bab kebersihan nih. Kerbersihan memang penting la, untuk menarik hati para mad'u yang masih tercari-cari apa tu Islam. Tapi bile tengok dai'e sendiri...Ya Allah, nak ke diorang join? Hurm...
Jangan pulak lupe plak yang paling penting, kebersihan jiwa.


Hari-hari pergi masjid, dengar kuliah Ustaz Azhar, pasang nasyid dalam kereta, balik rumah...tutup lampu, layan XXX. Ish, ish. Na'uzubillah. Tu yang memang teruk giler la tu. Bak kata Zeyad Ramadan,Elephant in the Masjid.


Bukan nak kata apa, tapi masalah pornography ni lebih teruk daripada masalah dadah...sebab ini benda tersembunyi. Takkan la terang-terang orang mengaku, "Weh, aku tengok awek tudung dalam semak kat XXX semalam!" Masalah pornographic addiction bukan masalah perseorangan, tapi lebih kepada masalah ummat.


Tu yang besar. Macam mana dengan hal yang kecik-kecik? Sebab tu la tazkiyatun nafs (pembersihan jiwa) adalah yang paling susah dan jugak paling senang nak  control. Sekecik-kecik hati, yang sebesar penumbuk ni, boleh control the whole body. Nak sembahyang ke tak, nak pergi kelas ke tak...semuanya bergantung kepada hati.


"Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah  seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."
Rwyt Imam Muslim

Promot sikit. Jom ke sini, PurifyYourGaze 

Ko sape?


Dah puas rasanye tengok gambar orang2 mati kat Palestin, kan? Sampaikan ade yang naik bosan tengok gambar yang sama time ade ceramah atau show2 pasal isu Palestin.


Tapi, ade orang kate...."Tengok saje tak gune kalau tak terkesan kat hati".

Bukan nak cerite panjang, tapi kene cerite jugaklah sikit-sikit, supaye kite sedar siapa kita ni. Manusia ni kalau tak dibagitau, tak berubahnye.

Aku ingat2 lupe la. Ade sekali tu show pasal Palestin. Nak cakap meriah tu, tade la...tapi agak memberangsangkan. Cewah, ayat penyedap rase. Dalam ramai-ramai tu, ade terdengar orang cakap...


"Wat ape la nak sibuk2 pasal orang Palestin nih. Diorang nak perang, nak wat macam mane. Kite doa jerla...derma sikit2."


Aku dengar time tu pun macam, biar betik mamat ni kan. Hang ni orang apa? Man, kalau ade lagilah manusia camni, alamatnye lambat lagilah Islam nak menang. Tapi, Allah dah janjikan kemenangan untuk kita...tu yang pasti. 


Berbalik pada isu Palestin tu. Ish, siapa diorang ni sampai semua kita kena concern abes pasal diorang?
Pendek citer, diorang ni la yang pertahankan Islam di Palestin yang Zionis nak hancurkan semua. Biasanya orang dah tau siapa diorang ni.


Tapi, ramai yang tak concern apsal kene concern pasal diorang. Aku nak cakap panjang2, nanti ade yang cakap aku bajet bagus pulak. Okey la...sesape yang masih ingat hadis yang kite belajar Form 5 dulu, mesti teringat pasal hadis brotherhood. Yang pasal taleh benci-membenci, takleh berjual beli atas belian orang lain. Ingat tak?

Tak ingat? Tape, refresh balik.


" ...Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya." 
  
Cukup la dengan dalil di atas ni jer...tak perlu la aku nak ulas panjang2. Haa....sekali aku teringat lagu kat atas ni, aku teringat cerita ithsar.

*Rindu makan setalam*
Peh, mendela pula ithsar tu? Kuih ke?


Kalau nak dalam bahase akademiknye, ithsar bermaksud melebihkan kepentingan orang lain dari kepentingan sendiri. Orang Terengganu panggil dok gong la. Kalau nak selusuri cerita para sahabat dulu pasal ithsar, yang paling terkenal pasal tiga orang sahabat dengan air susu. Ala, yang sorang mintak, tapi bagi kat orang sebelah dia...lama2 tiga2 syahid tu....ingat?


Tapi ada satu cerita yang memang menakjubkan lah. Yela, bukan aku yang cakap. 


Dulu, time Muslim army advancing to Persian territories  untuk perang yang aku lupa namanya...mungkin Perang Qadisiyyah...takpun Tabuk. Lupe... sori2. Ramai-ramai la ni...sekali semua kena merentas sungai. Askar musuh ada kat depan, duk perhati jer askar Islam ni. Sekali, ada la seorang askar Islam ni...jalan-jalan rentas sungai tu, (korang pun tau camner nak lalu sungai kan...susah) terjatuh die punye pedang dalam air tu. Korang agak-agak ape jadi? Kalau kite la...mesti pikir askar tu carik sendiri kan?

Tapi...tak, kawan-kawan.


Ramai giler askar Islam serbu tempat pedang tu jatuh...semata-mata nak kasik balik pedang tu kat kawan diorang. Berebut diorang nak bagi pedang tu dulu. Boleh bayangkan tak? Korang jalan-jalan nak gi kelas, tetibe buku korang jatuh...semua orang yang tengok serbu, berebut nak tolong korang.


Askar musuh pikir ape time tu?


"Jikalau inilah tentera yang kami tempur, nescaya kami akan kalah." 


Aku pun dengar first time pelik gak lah. Nape tetibe diorang cakap camtu kan? Lawan pun tak lagi...baru tengok orang berebut.


Orang yang ceritakan kat aku cakap, kalau pedang orang dah berebut nak kasik balik...bayangkan kawan diorang syahid dalam perang tu....mestilah diorang balas balik beramai-ramai kan? Ye jugak kan...sampai camtu sekali...ish ish ish.


Tapi, tu dulu bro. Lame gile, ade lagi ke orang camtu?


Ni ade lagi citer....naqib aku citer. Kalau korang ingat, time Ikhwanul Muslimun diharamkan di Mesir, ahli-ahli diorang ditangkap dan dihumban ke dalam penjara. Nak jadikan cerita...cell penjara tu punye la busuk, basah lagi...kalau tandas? Lagi berkali-kali ganda. Tapi, ahli-ahli Ikhwanul Muslimun ni berebut nak tido dalam tandas tu...sebab nak kasi can orang lain tidoo di tempat yang lagi bersih. Kalau kite la...sanggup ke kite nak tido kat tempat yang kotor semata-mata untuk kawan-kawan kite? Hurm...same2 pikir sendiri la...


Aku pun tanak cerite panjang2 jugak. Takde la alim/pandai sangat nak cakap2 bab2 agama ni, tapi aku suka untuk nasihat diri sendiri, di samping tu kongsi apa yang aku rase dengan orang lain, terutamanya orang-orang yang aku sayang. 


Sape?


Korang la! Sebab Nabi Muhammad pun sayang korang lebih, at least...aku pun nak sayang korang jugak.
Sebab tu aku tak kesah nak bebel2 kat sini...sebab aku tak pandai nak bebel2 depan orang. Gynophobic...mungkin. Hehe.


Anyway, always remember that this world isn't just for us. It is for the whole of us. 

I'm Syed Alif Ikram, signing off.
Henshin.

2 kritikan@pujian:

  1. Anonymous says:

    agak serius di situ..
    mantap habes =)

  1. Syed M. says:

    mantap apo nye....
    bekeng ni bekeng
    =P

Related Posts with Thumbnails